Tuesday, February 12, 2013

FASA-FASA ERA PENGAKHIRAN MASA (END OF TIMES)

Menurut  End of Times Research Centre http://www.endtimes2013.com/ terdapat beberapa peringkat di dalam era pengakhiran masa ataupun era  menuju kiamat:

1.  Fasa Pertama pengakhiran masa ialah antara tahun 2013(1434 Hijri) - 2022(1444 Hijri).   Fasa ini adalah fasa dunia dilanda haru biru.


Menurut mereka, the first evil person atau Dajjal Pertama akan keluar pada tahun 2013 dan ini akan menjadi pemangkin keluarnya  Imam Mahadi  pada July  2013. The first Evil Person atau Dajjal Pertama itu dikenali sebagai  (أعرج) Araj, False Elijah / Elias, Messiah son of Joseph.  



Hadis tentang lelaki yang dikenali sebagai Araj: :

عن كعب قال علامة خروج المهدي ألوية تقبل من المغرب عليها رجل أعرج من كنده

Ka'b  is reported to have said: " The sign of the coming-out of the Mahdi  is (army) battalions coming from the Maghrib, led by a man who is an Araj  from Kinda." (Nuaim bin Hammad's Kitab Al-Fitan, page 205)

Saya mendapati telah wujud sebuah kumpulan jihadist daripada franchise Al-Qaeda yang dinamakan kumpulan Tentera Islamic Maghreb.  Adakah ketua kumpulan ini lelaki yang dikenali sebagai Araj? Adakah dia Dajjal Pertama?  Kumpulan Tentera Islamic Maghreb ini sedang membantu pembiayanya iaitu Amerika, Zionis dan sekutunya untuk memusnahkan kerajaan-kerajaan di Asia Barat pada masa kini seperti Syria, Libya dan sebagainya.  

Menurut firasat St Malachy pula  Pope yang ke 112 yang bakal menggantikan Pope Benedict XVI  yang telah meletakkan jawatan pada 11 Februari 2013 lalu  akan merupakan Pope yang terakhir dunia.  Pope terakhir dunia ini dikatakan Dajjal.  Mungkin kah Pope terakhir  dunia ini  yang bakal dilantik pada 18 Mac, 2013 adalah Dajjal  Pertama? Yang menjadi pemangkin kepada keluarnya Imam Mahadi ?


Menurut End of Times Research Centre, Nabi Isa a.s. akan pulang ke dunia pada tahun 2022.  Dan ini akan menutup Fasa Pertama Pengakhiran Masa.



Menurut mereka Dajjal terakhir iaitu  (المسيخ / المسيح الدجال , False Messiah son David, etc.) akan keluar ke dunia pada tahun 2022.  Ini akan menjadi pemangkin kepada kepulangan Nabi Isa a.s  pada 2022 untuk memusnahkan kerajaan Dajjal, insyaAllah. Dengan musnahnya kerajaan Dajjal maka tamat lah Fasa Pertama  Pengakhiran Masa pada tahun 2022.



2.  Fasa Kedua pengakhiran masa adalah dari tahun 2022/1444 Hijri ke atas. Fasa ini adalah fasa dunia diselubungi keamanan dan keadilan yang tidak terbandingnya.


3.  Bilakah Tamatnya Dunia//Hari Kiamat??  End of Times Research Centre tidak membuat apa-apa jangkaan tentang ini. Cuma mereka menyatakan dunia akan tamat atau kiamat mungkin akan terjadi pada penghujung Fasa Ketiga atau Fasa Keempat di dalam Fasa Pengakhiran Masa. Apa-apa pun diulangi bahawa dunia akan melalui Fasa Keamanan di dalam Fasa Kedua Pengakhiran Masa namun tidak pula disebut bilakah penamat Fasa Kedua Pengakhiran Masa bagi memulakan Fasa Ketiga Pengakhiran Masa.


Sila rujuk laman maya End Of Times yang tertera di atas untuk membaca lebih lanjut bagaimana mereka mendapat tarikh-tarikh yang mereka tetapkan.





Monday, February 11, 2013

POPE BENEDICT XVI LETAK JAWATAN & TENTERA BERJUBAH DAN BERSERBAN HITAM DI MALI

11 Februari 2013 mengenegahkan 2 lagi peristiwa yang ada kaitan besar dengan permulaan kepada pengakhiran masa.

1. PERLETAKAN JAWATAN PAUS BENEDICT XVI

Pope Benedict XVI leaves at the end of the Vespers mass to celebrate the feast of Saint Peters and Paul in the Saint Paul Outside the Walls basilica in Rome June 28, 2010. (© Tony Gentile / Reuters /REUTERS)

‘…PAUS BENEDICT XVI SUDAH HAMPIR SELESAI PEKERJAANNYA…SEDIKIT LAGI MASA SEBELUM VATICAN MELEPASKAN “PENGHULU SEGALA PAUS”

‘…YA.. PAUS ROMAN PETER II… DIA AKAN MENUNGGU MUHAMAD  (IMAM MAHADI) DATANG….HABISLAH MUHAMAD  (IMAM MAHADI) NANTI…’

‘..TIDAK ADA LAGI KESEMPATAN UNTUK BERUMAH TANGGA APABILA PAUS ROMAN PETER II DILEPASKAN DARI RANTAI YG MENGIKATNYA SEJAK SEKIAN LAMA….UMAT ISLAM SENDIRI YG MEMBUATKAN RANTAI ITU TERPUTUS…’

‘…Adakah mungkin Pope Roman Peter II ini adalah Dajal? Saya pernah mengadakan perbincangan dengan seorang pengkaji, beliau mengatakan umat Kristian percaya bahawa Pope Peter II inilah yang akan menyelamatkan mereka dari Antichrist/ Dajal. Tetapi pada pendapat saya, mungkin Pope Roman Peter II adalah Dajal. Umat Kristian akan terus sesat dan disesatkan oleh Pope Roman Peter II ini. Jika benar Pope Roman Peter II ini adalah Dajal, maka dia akan perintah dunia melalui Jurusalem sepertimana dalam ceramah Maulana Imran N. Hosein. Jika seseorang itu menjadi Pope, sudah pastilah pusat pemerintahannya akan berpusat di Vatican, bukan Jurusalem. Macam mana ini?

Sebelum ini saya ada mendengar desas desus yang mengatakan pemerintahan Vatican akan berpindah ke Jurusalem tidak lama lagi, tetapi masa itu saya tidak tahu apa tujuan pemerintahan Pope dipindahkan ke Jurusalem. Sekarang saya sudah dapat mengetahui kenapa perlu Vatican berpindah ke Jurusalem. Ini kerana masanya sudah hampir dan The Last Pope akan dilantik dan memerintah dari sana! Pope Peter II itu kemungkinan besar adalah Dajal, kerana dia akan memerintah dari Jurusalem dan dirantai sejak sekian lama.’


Di atas adalah perbualan antara seorang Bishop dan pemuda Melayu yang saya jangka ramai yang telah membacanya di laman maya : Dunia Masa kini: AKU dan BISHOP (Perancangan Dajjal?)

Dan pada 11 Februari, 2013 (semalam) kita mendengar pengumuman yang Pope Benedict XVI meletakkan jawatannya.  Apakah penggantinya akan memakai gelaran  Peter Roman II?  Dan menepati ramalan St Malachy bahawa inilah Pope yang ke 112 dan merupakan Pope terakhir  akan di wujud di dunia?  

Di bawah pemerintahan Peter Roman II dikatakan  akan berlaku segala macam kesusahan di muka bumi ini dan dia akan memainkan peranan seorang penyelamat yang memberikan pelbagai bantuan kepada manusia sejagat. Peter Roman II akan memainkan peranan Dajjal ataupun mungkin dia sendiri adalah Dajjal yang akan memindahkan pusat pemerintahan Vatican dari Rome ke Jurusalem.

Analisa daripada Anura Guruge seorang pakar dalam bidang institusi Papal menyatakan tidak mungkin Pope terkahir ini akan memakai  gelaran Peter Roman II kerana para pentadbir Vatican bukanlah bodoh untuk membiarkan Peter Roman II meruntuhkan institusi Vatican di Rome dan Eropah dan berpindah ke Jurusalem.   Apa-apa Pun Anura Guruge bersetuju yang Pope yang ke 112 ini adalah Pope yang terakhir  dan jangkaan St Malachy yang lainnya yakni:

I  will AGREE with you that the next pope, per Malachy, will be the last pope.
I will AGREE with you that the next pope, per Malachy, will feed the flock through many tribulations.
I will AGREE with you that the next pope, per Malachy, will preside over the destruction of Rome.
I will AGREE with you that the next pope, per Malachy, will lead all of YOU to be judged by a formidable judge.
I will AGREE with you that the next pope, per Malachy, will even tell the cardinal electors convened in the Sistine Chapel that he wishes to be known as ‘Peter the Roman.’


Apa-apa pun salah satu calon kuat untuk menjadi Pope terakhir ini adalah 
Karidnal Peter Kowdo Appiah Turkson dari Ghana. Namanya sendiri adalah Peter.

Dijangka dunia akan  mengetahui siapakan Pope terakhir ini pada 18 Mac, 2013.  Adakah dunia akan mempunyai pemimpin tertinggi, Obama  dan Pope,  berkulit hitam yakni si Peter Tuckson dari Ghana?

Cardinal Peter Kodwo Appiah Turkson

Pope terakhir dikatakan akan menunggu kedatangan Imam Mahadi untuk 'membelasahnya'.  Pope terakhir hanya menunggu hari untuk di lantik, membawa maksud kita juga menunggu hari untuk kedatangan Imam Mahadi?


2. TENTERA BERJUBAH DAN BERSERBAN HITAM DI MALI

Juga pada 11 Januari, 2013 tiba-tiba sekumpulan tentera kecil yang berjubah dan berserban hitam dengan beraninya telah memasuki pekan Gao di Mali  dan menyerang tentera Mali dan Peranchis.  Tentera Mali dan Perachis telah pun mengusir para islamis yang menguasai beberapa pekan di Mali sebelum ini oleh itu terkejut dengan serangan terbaru ini. 


Siapakah tentera berjubah dan berserban hitam ini? Mengikut seorang ahli parlimen Gao kumpulan ini adalah kumpulan yang dinamakan MUJWA yang merupakan pecahan daripada kumpulan franchise Al Qaeda, AKIM. MUJWA setelah berpecah dengan AKIM kini dikatakan bergabung dengan ANSAR DINE sebuah kumpulan tentera yang diwujudkan oleh kumpulan Islam dari Mali sendiri.  

Untuk makluman, Al-Qaeda kini telah melancarkan sistem franchise di dalam organisasi mereka.  Ada beberapa kumpulan yang digelar jihadist telah wujud dari sistem franchise Al Qaeda yang telah beroperasi di dalam menjatuhkan kerajaan dan pergolakan di Iraq, Libya, Mesir dan kini Syria.  Al-Qaeda dan kumpulan dibawah sistem franchisenya adalah kumpulan yang bermuka dua.  Ditonjolkan sebagai kumpulan yang berperang atas nama kepentingan Islam mereka sebenarnya dididik dan di biayai oleh Amerika, Zionis dan sekutu-sekutunya.  


Kegiatan keganasan yang dijalankan oleh Al Qaeda dan kumpulan franchise dibawahnya di merata-rata  dunia memberikan Amerika, Zionis dan sekutunya sebab untuk terus menceroboh di serata dunia.  Satu keadaan 'menang-menang' wujud di antara Al Qaeda dan Amerika, Zionis dan sekutunya. Di mana mereka saling bantu membantu untuk mengaburi dunia dengan kegiatan mereka.  Al-Qaeda adalah satu pelaburan yang memberikan pulangan yang sangat menguntungkan kepada Amerika, Zionis dan sekutunya.  Kehadiran Al-Qaeda memberikan mereka terus ruang untuk menceroboh dan mengganas sesuka hati.  Contoh 9/11 dituduhkan kepada Al Qaeda dan kerananya Iraq diceroboh.   Al Qaeda pula terus menguasa laluan dadah termahal di dunia iaitu di Afghanistan.


Saya mengharapkan kumpulan berjubah dan berserban hitam ini adalah adalah sebuah kumpulan tentera yang benar-benar tulen keislamannya yang berjuang sebelum kedatangan Imam Mahadi dan akhirnya bersatu dengan beberapa kumpulan lagi (dikatakan tiga kumpulan) untuk membaiah Imam Mahadi di Mekah nanti.

Kita mesti cuba membezakan jihadist di bawah kumpulan Al-Qaeda dan sistem franchisenya dengan kumpulan Islam yang benar-benar berjuang untuk Islam.  Dan salah satu indikator yang mereka ini di bawah kumpulan bermuka dua Al -Qaeda adalah kegiatan meletupkan diri sendiri ('suicide bombing').  Islam mengharamkan pembunuhan diri.  Al Qaeda lah yang menjalankan amalan ini.  Di Mali kini sudah dilaporkan ada dua kegiatan letupan diri sendiri. Ini adalah kegiatan ahli Al -Qaeda dan kumpulan di bawah sistem franchisnya.   Kita mesti tolak mereka dan terus mencari kumpulan yang benar-benar Islam. Dan semoga pencarian kita ini membawa kita untuk sama-sama menolak Dajjal dan sekutunya dan mengenali Imam Mahadi yang sebenarnya.