Senandung sedih Ummu Mukminin Siti Aisyah r.a sambil berdiri dikubur Nabi s.a.w.
“Wahai insan yang
tidak pernah memakai sutera
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilih tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur’
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilih tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur’
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”
Banyak kisah-kisah cara kehidupan Rasulullah s.a.w yang buat saya berfikir kembali tentang kebaikan dan rahmat Allah swt. kepada hamba-hambanya yang diberikan kesusahan hidup.
Juga semakin memahami konsep kententuan perjalanan kehidupan manusia yang ditentukan Allah swt. samada ditakdirkan derita atau bahagia. Semakin memahami samada ditakdirkan Allah derita atau bahagia kedua-duanya ada ujian di sebaliknya. Manusia hidup penuh penderitaan perlu lulus ujian redha dengan penderitaan untuk masuk syurga. Manusia yang hidup penuh kebahagiaan juga perlu lulus ujian kebahagiaan seperti sombong dan sebagainya untuk masuk syurga. Yang derita ada juga untungnya sebab manusia selalunya lebih kuat ingat pada Allah bila dalam kesusahan. Tetapi manusia juga selalu marah pada Allah bila di dalam kesusahan.
Semoga Allah terus menunjukkan jalanNYA kepada saya dan kita semua.
No comments:
Post a Comment