Tuesday, February 12, 2013

FASA-FASA ERA PENGAKHIRAN MASA (END OF TIMES)

Menurut  End of Times Research Centre http://www.endtimes2013.com/ terdapat beberapa peringkat di dalam era pengakhiran masa ataupun era  menuju kiamat:

1.  Fasa Pertama pengakhiran masa ialah antara tahun 2013(1434 Hijri) - 2022(1444 Hijri).   Fasa ini adalah fasa dunia dilanda haru biru.


Menurut mereka, the first evil person atau Dajjal Pertama akan keluar pada tahun 2013 dan ini akan menjadi pemangkin keluarnya  Imam Mahadi  pada July  2013. The first Evil Person atau Dajjal Pertama itu dikenali sebagai  (أعرج) Araj, False Elijah / Elias, Messiah son of Joseph.  



Hadis tentang lelaki yang dikenali sebagai Araj: :

عن كعب قال علامة خروج المهدي ألوية تقبل من المغرب عليها رجل أعرج من كنده

Ka'b  is reported to have said: " The sign of the coming-out of the Mahdi  is (army) battalions coming from the Maghrib, led by a man who is an Araj  from Kinda." (Nuaim bin Hammad's Kitab Al-Fitan, page 205)

Saya mendapati telah wujud sebuah kumpulan jihadist daripada franchise Al-Qaeda yang dinamakan kumpulan Tentera Islamic Maghreb.  Adakah ketua kumpulan ini lelaki yang dikenali sebagai Araj? Adakah dia Dajjal Pertama?  Kumpulan Tentera Islamic Maghreb ini sedang membantu pembiayanya iaitu Amerika, Zionis dan sekutunya untuk memusnahkan kerajaan-kerajaan di Asia Barat pada masa kini seperti Syria, Libya dan sebagainya.  

Menurut firasat St Malachy pula  Pope yang ke 112 yang bakal menggantikan Pope Benedict XVI  yang telah meletakkan jawatan pada 11 Februari 2013 lalu  akan merupakan Pope yang terakhir dunia.  Pope terakhir dunia ini dikatakan Dajjal.  Mungkin kah Pope terakhir  dunia ini  yang bakal dilantik pada 18 Mac, 2013 adalah Dajjal  Pertama? Yang menjadi pemangkin kepada keluarnya Imam Mahadi ?


Menurut End of Times Research Centre, Nabi Isa a.s. akan pulang ke dunia pada tahun 2022.  Dan ini akan menutup Fasa Pertama Pengakhiran Masa.



Menurut mereka Dajjal terakhir iaitu  (المسيخ / المسيح الدجال , False Messiah son David, etc.) akan keluar ke dunia pada tahun 2022.  Ini akan menjadi pemangkin kepada kepulangan Nabi Isa a.s  pada 2022 untuk memusnahkan kerajaan Dajjal, insyaAllah. Dengan musnahnya kerajaan Dajjal maka tamat lah Fasa Pertama  Pengakhiran Masa pada tahun 2022.



2.  Fasa Kedua pengakhiran masa adalah dari tahun 2022/1444 Hijri ke atas. Fasa ini adalah fasa dunia diselubungi keamanan dan keadilan yang tidak terbandingnya.


3.  Bilakah Tamatnya Dunia//Hari Kiamat??  End of Times Research Centre tidak membuat apa-apa jangkaan tentang ini. Cuma mereka menyatakan dunia akan tamat atau kiamat mungkin akan terjadi pada penghujung Fasa Ketiga atau Fasa Keempat di dalam Fasa Pengakhiran Masa. Apa-apa pun diulangi bahawa dunia akan melalui Fasa Keamanan di dalam Fasa Kedua Pengakhiran Masa namun tidak pula disebut bilakah penamat Fasa Kedua Pengakhiran Masa bagi memulakan Fasa Ketiga Pengakhiran Masa.


Sila rujuk laman maya End Of Times yang tertera di atas untuk membaca lebih lanjut bagaimana mereka mendapat tarikh-tarikh yang mereka tetapkan.





No comments: