'..one write not because one wants to say something, one write because one has something to say..'
Tuesday, March 6, 2012
Durasi Penulisan Skrin Drama
Para penulis skrin drama selalu disuruh menyiapkan skrip dengan secepat mungkin oleh penerbit. Antara perkara penting yang perlu di persetujui dgn para penerbit adalah tarikh penyerahan skrip. Saya mengambil masa seperti berikut untuk menyiapkan skrip drama:
1. Telemovie 90 min - Treatment (2-3 hari), Skrip (5-7 hari), final editing (1-2 hari)
2. Drama episod 1/2 jam x 13 ep - Treatment (3-5 hari), Skrip (1.5 hari x 1 ep = 20 hari), final editing (3-4 hari). Selalunya minta 30 hari dari penerbit untuk siapkan semua.
3. Drama episod 1 jam x 26 ep - Treatment (5-7), Skrip (2 hari x 1 ep = 26 hari), final editing (4-5 hari). Selalunya minta sekurang-kurangnya dari penerbit 45 hari untuk siapkan semua.
4. Filem - baru buat 2 skrip filem. Perlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk skrip filem.
Jikalau penerbit meminta saya menyiapkan dalam tempoh yang jauh lebih pendek daripada tempoh di atas, selalunya saya akan tolak. Tidak mampu menulis dengan begitu cepat, kualiiti pun hancur. Lagi pun saya memerlukan sehari dua di dalam tempoh sesebuah penulisan untuk berehat. Perlu hari rehat untuk segarkan otak. Jikalau terus menerus menulis setiap hari otak jadi penat, skrip pun tenat.
Amalan menyiapkan skrip dengan terlalu cepat berleluasa di Malaysia. Ini adalah satu faktor penting kenapa kualiti drama/filem kita banyak yang kureng.
Subscribe to:
Posts (Atom)