Tahun 1433 yang baru bermula ini menyaksikan 3 gergasi korporat Malaysia yang menglibatkan kepentingan bumiputera iaitu UDA, MAS dan MAHB terus bergolak.
UDA terpaksa menerima campurtangan kerajaan kerana terus tidak sentitif dengan hasrat rakyat yang mahu ia lebih mengutamakan kepentingan bumiputera di dalam keputusannya selaras dengan penubuhannya untuk meningkatkat ekuiti bumiputera di dalam ekonomi Malaysia.
Saya lampirkan petikan dari UTUSAN MALAYSIA dibawah yang mengesahkan kemaruk UDA yang sanggup mengenepikan pelabur bumiputera untuk faktor-faktor yang hanya UDA sendiri saja yang tahu.
Air Asia telah menawan MAS di dalam satu urusan urusniaga yang dituduh ramai sebagai 'the rape of MAS' oleh sekumpulan ahli korporat yang yang terdiri daripada Tony Fernandez dan geng-geng tag teamnya. Kini Air Asia bertelagah dengan MAHB, sudah besar kepala dengan berulang-ulang kali menyebut yang mereka kini adalah pelanggan terbesar MAHB.
Boleh baca mengenai kemelut Air Asia, Mas dan MAHB, serta Khazanah yang menjadi rakan rapat Air Asia dalam blog Jebat Must Die dan Another Brick In the Wall.
Isu-isu politik yang terlalu banyak diketengahkan kepada masyarakat, dengan kini pelbagai video seks yang dikeluarkan yang menglibatkan ahli politik sebenarnya banyak melekakan rakyat tentang perompak-perompak di dalam dunia korporat yang meratah duit negara dan rakyat dengan urusan-urusan perniagaan mereka yang busuk itu.
Ahli-ahli korporat Malaysia perlu diperhatikan dengan dekat. Mereka juga telah membuktikan yang mereka juga seperti sesetengah ahli-ahli politik yang banyak membinasakan negara.
Malaysia kaya, ramai serigala di dalam negara yang mahu merompak duitnya masuk poket mereka.
UDA tidak rugi kerana BBCC
KUALA LUMPUR 6 Dis. – Kerajaan memberi jaminan bahawa projek pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC) tidak akan merugikan Uda Holdings Bhd. (UDA) walaupun tanpa pelaburan asing.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mengakui bahawa projek pembangunan di tapak bekas Penjara Pudu itu bakal melibatkan syarikat-syarikat bumiputera tetapi hanya yang berkredibiliti dan memiliki kedudukan kewangan kukuh sahaja akan dipilih.
“UDA tidak akan rugi kerana melaksanakan projek ini (BBCC) kerana buat apa laksanakan projek jika ia merugikan UDA, sedangkan ia berperanan besar untuk membantu bumiputera terutama dari segi pembangunan hartanah.
‘‘Jika ia rugi, rugilah kaum bumiputera,” katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Hotel Ancasa Express @ Pudu dan Setem Persendirian Korporat 40 Tahun UDA di sini hari ini.
Tambah beliau, UDA menjadi sandaran kerajaan untuk melihat lebih ramai bumiputera terlibat di dalam bidang hartanah dan beliau melihat pembangunan BBCC sebagai sangat penting kepada syarikat tersebut dan kaum bumiputera secara amnya.
Dengan itu, Awang Adek dengan tegas berkata, kerajaan tidak mahu syarikat-syarikat bumiputera yang dipilih untuk menjayakan projek tersebut hanya bertindak sebagai sleeping partner.
Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini pernah menolak cadangan UDA untuk melantik syarikat dari China, Everbright Construction International Group sebagai pelabur siap guna (turnkey) dalam BBCC.
Ia kerana terdapat bantahan daripada beberapa pihak yang tidak mahu projek pembangunan di tapak bersejarah itu dijayakan oleh syarikat bukan bumiputera.
Justeru, MOF telah mengarahkan UDA untuk mengadakan satu jawatankuasa untuk menyediakan pelan induk baharu BBCC bagi menggantikan pelan induk asal yang telah ditolak kerajaan.