Gadhafi telah meninggal dunia semalam pada 20 Oktober, 2011. Mayatnya beliau telah diikat dibonet kereta dan diarak ke seluruh jalan-jalan raya di bandar kelahirannya di Sirte, Libya. Itulah nasih seorang pemimpin dunia Islam yang terkenal dengan keberaniannya, sehingga mengoyak dan mencampak piagam Bangsa-Bangsa Bersatu di hadapan para perwakilan di Perhimpunan tersebut tidak lama dulu.
Saya keliru. Kenapa ada rakyat yang sanggup mengkhianati beliau? Di Libya, tiada cukai pendapatan, pendidikan percuma, petrol dijual dgn harga terlalu murah kalaupun tidak percuma. Mungkin kita boleh membuat perbandingan dengan situasi di Malaysia.
Di Malaysia keadaan boleh dikatakan cukup selesa untuk ramai rakyat. Makanan melimpah ruah. Namun apabila Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah mula menunjukkan tanda yang beliau hanya berkongsi kuasa dengan segelintir kelompok elitis di sekeliling beliau termasuk dengan Menantu beliau, Tun Abdullah mula dibenci ramai rakyat. Dengan laporan negatif tentang hal ini di media baru terutamanya, maka rakyat atas pagar mula terpengaruh. Hasilnya, Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah kehilangan lima negeri. Sesuatu yang tidak pernah difikirkan akan berlaku di Malaysia. Masih ingat dengan kata-kata bahawa BN kalau letak monyet sebagai wakil pilihanraya pun akan menang jugak. Tapi ternyata tidak!
Pemimpin di Asia Barat tidak berkongsi kuasa dengan orang luar dari kelompok mereka. Iya, ada sesetengah negara di Asia Barat memewahkan rakyatnya, sampai kalau berkahwin akan dibayar duit beribu-ribu ringgit, diberi rumah percuma dan sebagainya. Namun akhirnya rakyat mahu suara yang lebih di dalam dasar pemerintahan negara. Rakyat bukan kambing yang ikut saja di mana tuannya bawa untuk makan rumput, wpun rumput itu segar bugar.
Namun saya juga kurang yakin bahawa majoriti rakyat tidak menyukai beliau mahu pun pemimpin-pemimpin dunia Arab yang lain termasuk allahyarham Saddam Hussien. Apa faktanya? Individu-individu yang terkinja-kinja di kaca tv melaung kata-kata kebencian kepada para pemimpin mereka tidak semestinya mewakili majoriti rakyat. Sudah tentu media yang dikuasai konco-konco Dajjal hanya menunjukkan mereka-mereka yang benci pada pemimpin mereka.
Malahan rakyat yang bangun memberontak juga tidak semestinya mewakili kehendak majoriti rakyat yang lain. Mereka mungkin juga sebenarnya pengkhianat negara yang terasuk dek janji dan imbuhan yang diberikan oleh konco-konco Dajjal kepada mereka. Hanya Allah yang tahu.
Namun tindak-tanduk para pemberontak yang menyeksa Ghadafi seperti binatang buas, menyeksa pula mayat beliau dan menjadikan mayat beliau bahan pameran adalah di luar batasan agama. Apakah mereka-mereka ini patut kita iktiraf menggantikan Ghadafi?
Dajjal dan konco-konconya sedang segera mahu mengwujudkan pemerintahan Israel Raya (PAX JUDAICA) bagi menggantikan pemerintahan dunia di bawah Amerika Syarikat (PAX AMERICANA) yang semakin lemah kini. Mereka kini kuat menaja dan menghasut rakyat untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin di Asia Barat jatuh satu-persatu. Penentangan segelintir rakyat ini juga bagi pendapat saya didalangi oleh dikalangan bangsa mereka sendiri (bangsa Arab) iaitu KAUM SUFYANI. Kaum SUFYANI ditaja oleh Dajjal dan konco-konconya dan kini saya rasa sedang mencorak kemimpinan baru di kesemua kerajaan di negara-negara Asia Barat yang sudah jatuh itu.
Tengahari tadi suami saya telah diajak oleh sekumpulan anak muda untuk membaca surah Yaasin ke atas arwah Ghadafi sebelum sembahyang jumaat. Kumpulan anak muda ini diketuai oleh seorang lulusan dari Al-Azhar. Suami saya mengikut pembacaan surah Yaasin itu. Selesai, anak muda tersebut membaca doa di dalam Bahasa Malaysia antara lain meminta Allah swt memusnahkan Amerika. Juga meminta Allah memusnahkan kerajaan-kerajaan baru yang bakal memerintah di negara-negara yang sudah tumbang ini. Suami saya tidak sanggup mengaminkan doa tentang pemusnahan kerajaan yang baru ini kerana kalau semua musnah kata beliau apa yang akan berlaku kepada rakyat negara-negara tersebut? Di dalam hati saya berdetik, kita hanya menunggu Imam Mahadi mungkin?
Ketua kumpulan anak-anak muda tersebut juga berkata kini sudah tiada lagi pemimpin Islam yang boleh diharapkan setelah kematian Ghadafi, di jawab oleh salah seorang dari mereka, kita masih boleh mengharapkan PAS. Di jawab pula oleh ketua anak-anak muda tersebut, PAS Munafik!
Dan kini dunia hanya ada pemimpin-pemimpin Islam yang kambing-kambing belaka......