1. Hanya Al-Quran yang dapat menjelaskan apa-apa yang berlaku di dunia dan perkembangan semasa dunia.
2. Manusia tidak boleh memahami keadaan dan perkembangan semasa dunia pada waktu kini tanpa mengaitkannya dengan Dajjal.
3. Namun ramai, hatta mereka-mereka yang duduk di dalam kerajaan, pemerintah-pemerintah dunia, manusia-manusia bijak pandai di dalam pelbagai bidang malahan para ulamak sekalipun tidak pernah bercakap, segan malahan alergi untuk bercakap tentang Dajjal. Mereka-mereka ini samada mereka sedari atau pun tidak adalah manusia-manusia yang menjunjung dan terlingkung rapat di dalam sistem sekular.
4. Topik Dajjal sering diperlecehkan dan dianggap masih terlalu awal untuk dibincangkan. Dajjal adalah topik yang hanya diperkatakan oleh manusia-manusia yang ketinggalan kata mereka.
5. Apa pentingnya kita mengetahui tentang strategi dan pencapaian Dajjal sehingga kini? Tidak lain - hanya untuk membantu kita dan keturunan kita agar tidak terpedaya dengannya. Agar kita tidak termasuk di dalam 999 orang antara 1000 orang yang akan ditipu Dajjal - yang bakal memasuk NERAKA.
6. Mengapa pada saat ini kritikal untuk kita mengetahui langkah Dajjal yang seterusnya? Kerana Dajjal sudah hampir menyelesaikan tugasnya dan sudah tidak lama sahaja lagi bakal melancarkan serangannya yang terakhir untuk memastikan umat Nabi Muhammad s.a.w ramai-ramai masuk NERAKA.
7. Al-Quran hanya menunjukkan dirinya yang sebenar kepada manusia yang terpilih iaitu kepada manusia yang mendapat NUR daripada ALLAH S.W.T Akal fikiran sahaja tidak cukup untuk manusia memahami yang sebenar-sebenar isi kandungan Al-Quran. Hanya mereka yang diberi NUR akan dapat mengetahui segala isi dan rahsia Al-Quran yang sebenar-benarnya.
8. Marilah kita berdoa akan kita dan keturunan kita diberikan NUR supaya kita mendapat panduan daripada Al-Quran.
9. Sebagai langkah pertama marilah kita menghabiskan tafsir Al-Quran. Kita sudah habis membaca berjuta-juta mukasurat buku dan isi kandungan di dunia maya. Kalau disusun mukasurat yang kita sudah baca semenjak kita tahu membaca mungkin sudah setinggi KLCC. Namun kita masih tidak dapat menghabiskan tafsir Al-Quran 30 juzuk itu. Walhal Al-Quran la buku yang paling utama untuk kita. Kita mesti memahaminya. Kita mesti habis membaca tafsirnya. Mungkin apabila sudah berulang-ulang kali kita membaca tafsirnya dan menganalisanya, ALLAH S.W.T akan memberikan kita NUR? InsyaALLAH.