Sedikit petikan dari artikel oleh Datuk Zaini Hassan bertajuk Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi untuk renungan bersama:
..orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia.
Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka. (jangan lupa tentang tanah rezab Melayu yang semakin dikuasai mereka)
Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka
..orang Melayu pula berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.
Perpecahan terus orang Melayu adalah faktor penting untuk orang Cina pula menguasai Malaysia.
Untuk bacaan lanjut tentang ini : jebatmustdie.wordpress.com/2011/04/30/1melayu-1bumi-in-barisan-nasional/