'..one write not because one wants to say something, one write because one has something to say..'
Wednesday, March 30, 2011
Majlis Minum Petang Sempena Ulangtahun Pertama Gabungan Penulis Skrin Malaysia
Tempat: Cafe Istana Budaya, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Tarikh: 9 April, 2011, jam 3:00 ke 6:00 petang
Ada beberapa agenda menarik akan berlangsung di sepanjang majlis yang bakal dimaklumkan kelak. Apa-apa pun inilah peluang untuk penulis skrin berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan para penulis skrin yang lain.
Para penulis skrin yang berminat untuk menghadiri minta RSVP saya di 016-2209829 sebelum 6 April 2011.
Terimakasih.
Saturday, March 26, 2011
PEMAKLUMAN : DRAMA USTAZ COKLAT BUKAN HASIL SKRIP SAYA
Kronologi mengenai penerbitan drama Ustaz Coklat:
Saya telah dilantik oleh penerbit untuk menjadi penulis skrip dari cerita asal yang disediakan oleh En Hairul, salah seorang pekerja dalaman dengan pihak penerbit. Siap episodik sinopsis dan pergi mesyuarat dengan pihak stesyen tv, penerbit dan pengarah. Di dalam mesyuarat pengarah terbabit telah mula menunjukkan sifat keegoannya. Awal-awal sudah memberitahu yang dia akan cincang skrip. Seolah terlalu yakin yang skrip saya pastinya tidak bagus.
Selang beberapa hari saya dimaklumkan yang pengarah ini mahu menulis skrip sendiri, menurut beliau, beliau akan menghasilkan skrip yang lebih baik daripada saya. Saya berkata terpulanglah kepada pihak penerbit samada mahu meneruskan dengan saya atau mahu pengarah tersebut yang menulis. Namun saya meminta penerbit memikirkan dari segi merit. Prestasi saya sebagai seorang penulis perlu juga dibandingkan prestasi pengarah ini. Skrip apa yang beliau telah tulis?? Bagaimana pencapaian skrip tersebut?
Pihak penerbit membuatkan keputusan untuk saya meneruskan menulis skrip. Selesai, saya serahkan skrip namun dalam hati kerisauan kerana kalau dari awal pengarah sudah bersikap begini besar kemungkinan beliau akan tetap menolak skrip saya dengan alasan skrip kalau ditulis oleh beliau pasti lebih baik. Saya ada menyatakan kerisauan saya kepada pihak penerbit.
Shooting diteruskan dan akhirnya drama ditayangkan di Astro Oasis. Saya menonton episod pertama drama, sah skrip ditukar. Saya berhenti menonton. Saya mendapati drama tersebut menjelekkan untuk ditonton.
Tidak berapa lama kemudian ada beberapa rakan penulis skrin yang komplen pada saya yang drama ini teruk. Ada yang berkata 'Apa sudah jadi dengan kau Faz? Skrip kau teruk la..' Adoi malu. Kemudiannya pula saya mendapat maklumat yang pihak stesyen juga kecewa dengan drama ini.
Akhirnya semalam saya pergi mesyuarat dengan pihak stesyen dan penerbit. Sah prestasi drama ini terlalu mengecewakan pihak stesyen. Sedikit kelegaan kerana pihak stesyen mengesahkan yang mereka tahu skrip drama ini tidak lagi mengikut skrip asal sama sekali. Pengarah telah buat skrip sendiri. Pihak stesyen juga mengesahkan mereka tidak meletakkan langsung kegagalan drama ini kepada saya sebagai penulis skrip kerana drama ini tidak mengikut skrip saya langsung.
Ya memang lega sedikit kerana kerana pihak stesyen memberikan pengesahan sebegini namun saya tetap kecewa kerana kedegilan seorang pengarah, drama ini hancur. Saya juga kecewa kerana atas keegoan beliau nama saya terpalit. Nama saya tercatat sebagai penulis skrip di credit title, bagi orang ramai sayalah yang menulis skrip yang buruk itu.
Saya juga kecewa kerana insiden ini sebenarnya lose-lose situation untuk saya. Walaupun pihak stesyen tidak menyalahkan saya namun pada masa yang sama peluang untuk saya memperlihatkan prestasi saya sebagai penulis skrip kepada stesyen melepas. Ini kali pertama saya menulis drama untuk tayangan Astro Oasis, saya mahu mengambil peluang ini untuk memperlihatkan kredibiliti saya kepada saluran ini tapi ini tidak terjadi malahan mungkin kerana insiden ini pihak stesyen beranggapan yang kurang positif terhadap saya.
Saya juga fikir mungkin insiden ini membawa sedikit negativi terhadap hubungan saya dengan pihak penerbit. Mana tau terbit perasaan kurang senang terhadap saya dari pihak penerbit atas cara saya menangani kejadian ini.
Saya berasa cukup simpati dengan pihak penerbit kerana mereka terpaksa menanggung kerugian dari segi imej dan mungkin juga dari segi lain kerana kegagalan drama ini. Menjadi penerbit bukanlah bermakna kita berkuasa di atas segala-galanya di dalam proses penerbitan sesuatu drama, perkara ini semua kena mengetahuinya.
Kini saya semakin tersepit. Setelah agak lama di dalam industri penulisan skrin saya mula menyedari yang saya perlu memilih dengan produser mana saya mahu bekerja kerana tidak semua produser beretika. Kini saya terpaksa pula memilih kepada pengarah mana saya mahu menyerahkan skrip untuk diarahkan mereka kerana kini saya mulai sedar tidak semua pengarah layak mengarahkan skrip saya. Kedengaran ego? Itu lah kenyataannya.
Selama ini saya tidak pernah prejudis kepada mana-mana pengarah. Siapa yang produser ambil sebagai pengarah drama mereka saya berserah. Saya memang jenis penulis skrin yang lepas skrip diserahkan kepada pihak penerbit saya tutup buku. Saya tidak akan menyebok-nyebok pasal hal-hal penerbitan kerana bagi saya ini sudah bukan lagi bidang kuasa saya. Hanya jikalau pihak penerbit dan pengarah mahu berbincang dengan saya tentang skrip saya akan berkomunikasi lanjut dengan mereka, sekiranya tidak, saya akan menyepikan diri. Bagi saya terpulanglah kepada pengarah bagaimana beliau hendak menvisualkan skrip saya. Saya akan tunggu drama yang ditulis oleh saya tertayang di tv dan menonton di kaca tv seperti orang lain juga dan buat penilaian sendiri untuk membaiki skrip saya di masa hadapan. Tetapi kini saya kena ambil tahu juga prestasi seseorang pengarah agar penat lelah saya menulis skrip berbaloi dan nama saya tidak terjejas. Saya kira pada masa hadapan saya tidak perlu untuk menyerahkan skrip saya kepada seorang pengarah yang ego dan kurang ilmu untuk beliau angkat naskah saya ke layar.
Situasi sebegini sebenarnya tidak elok untuk saya yang mencari nafkah sebagai penulis skrin. Penulis skrin sebenarnya tidak boleh terlalu memilih. Kalau bersikap terlalu memilih tiada siapa pun yang peduli. Ramai lagi penulis skrin yang boleh menulis skrip, apa perlu Faznita? Faznita tidak menulis pun drama Melayu berlambakkan juga bersiaran di tv. Ada tak ada Faznita sama saja sebenarnya, tidak memberi kesan pun kepada pihak stesyen tv, penerbit, pengarah, pelakon dan semuanya yang ada di dalam industri drama dan filem ini.
Itu lah saya katakan saya semakin tersepit.
Thursday, March 17, 2011
Astaghfirullah Al-Azim - PBB benarkan serangan udara di Libya
Sah hari ini 18 Mac, 2011 PBB telah meluluskan serangan udara ke atas Libya. Saya baca berita ini badan terasa menggigil, air mata pun bergenang. Pagi-pagi dah dapat berita seburuk ini. Astaghfirullah Al-Azim, Astaghfirullah Al-Azim, Astaghfirullah Al-Azim....penyembah syaitan akan membunuh berjuta-juta orang Islam lagi buat kesekian kalinya!
Ini makumat yang saya petik dari Yahoo news:
The Obama administration was readying plans to enforce a no-fly zone in Libya with the help of Arab countries, officials said Thursday as the United Nations Security Council voted to authorize the move.
Semakin sah Obama dilantik menjadi Presiden untuk terus melaksanakan perancangan jahat penyembah-penyembah syaitan untuk hancurkan dunia dan menaikkan pemerintahan penyembah syaitan yang mutlak di muka bumi Allah ini!
..These officials, who spoke after a closed-door briefing in Congress, said they expected the attempt to ground Moammar Gadhafi's air force could begin by Sunday or Monday. The effort likely would involve jet fighters, bombers and surveillance aircraft. One official said Jordan, Qatar and the United Arab Emirates were among possible participants, in a showing designed to demonstrate that the effort to shield rebels trying to bring down Gadhafi had support from other countries in the region.
Negara-negara Arab bersekongkol untuk bunuh rakyat Libya yang beragama Islam! Ya Allah laknatkanlah mereka ini! Dan kalahkanlah mereka!
Mulai Isnin depan kita akan membaca cerita-cerita sedih merobak hati dari Libya. Tahniah negara-negara yang bersekongkol dengan penyembah syaitan.
The Security Council voted 10-0 Thursday evening to impose a no-fly zone over Libya and authorize "all necessary measures" to protect civilians from attacks by Gadhafi's forces. Five nations abstained on the vote, including Russia and China.
Russia dengan China pun tak mau bersekongkol!
Secretary of State Hillary Rodham Clinton said in Tunisia that a no-fly zone would include "certain actions taken to protect the planes and the pilots, including bombing targets like the Libyan defense systems."
Hillary Clinton sudah berada di Tunisia. Apa dia buat di sana??? Menjalankan perancangan penyembah syaitan untuk menentukan kempimpinan baru Tunisa yang pro penyembah syaitan sudah pasti!
Senate Majority Leader Harry Reid, D-Nev., said he was "very impressed with the Arab League stepping forward. I think that is a first of — first, it's a first. And we're working with them as we speak, and others, to find out the right approach to this."
Negara-negara Arab yang 'step forward' ini, kamu semua pengkhianat agama!
Other lawmakers hinted that a change in the administration's approach might be coming. "If they (the rebels) can hold out another week, that may be the time necessary for the international community" to respond," Sen. Mark Kirk, R-Ill, told reporters a few steps off the Senate floor.
Penyembah syaitan sejak dahulu lagi sentiasa menentukan siapa yang yang memimpin sesebuah negara! Dan kini giliran Libya!
Kita telah saksikan bagaimana mereka menyembeleh Saddam Hussien pada hari raya korban kini mereka akan menyembeleh rakyat Libya pula!
Diwar-warkan kononnya Iran dan Korea Utara bakal diserang namun akhirnya Libya yang kena. Ini satu lagi tipu helah penyembah dajal!
Saya akan terus berdoa untuk gerakan penyembah syaitan ini hancur dengan seteruk-teruknya. Itu saja yang mampu saya buat. Kepada rakyat Libya apa lagi yang boleh dikatakan, kamu semua terpaksa bertahan.
Muamar Ghadaffi di war-warkan maha penzalim. 100% benarkah? Atau lebih kepada fitnah penyembah syaitan?? Terbukti di Libya masih ramai penyokong Muamar Ghadaffi.
Apa-apa pun penyembah syaitan tiada hak untuk mengembom mana-mana negara pun di dunia ini!! Itu muktamad!!!
Tsunami di Jepun dan letupan-letupan loji nuklear di Jepun dijangka akan berjaya membuatkan masyarakat dunia terlupa/tidak perasan dengan perancangan jahat penyembah syaitan di Libya dan negara-negara Asia Barat. Tapi saya tidak lupa! Saya nampak! Penyembah syaitan tampak terlalu hebat sekarang, semua perancangan mereka seperti semakin berjaya. Tapi Allah lagi hebat! Pasti nanti kamu semua akan hancur!
Kepada pembaca Islam, mari kita teruskan doa di dalam solat-solat kita untuk kehancuran gerakan penyembah syaitan dan kebangkitan kepimpinan Islam yang mutlak di muka bumi Allah ini.
Friday, March 11, 2011
dan jawapannya...
'Anwar sering dikatakan tidak bersalah kerana Tun Mahathir menuduh tanpa membawa 4 orang saksi yang adil sepertimana yang dikehendaki didalam Islam'
Jawapan oleh seorang individu:
Kalau boleh dikemukakan 4 orang saksi sekalipun untuk membuktikan salah laku seks Anwar Ibrahim jika mereka bukan daripada puak-puak PAS meraka akan tetap dicop sebagai saksi yang fasiq juga. Malah jika ada pun saksi daripada puak-puak PAS ini mereka juga akan dicop sebagai pengkhianat agama dan sesat juga. Inilah akibat ketaksuban yang melampaui batas terhadap seseorang individu atau pemimpin.
Emm...
Wednesday, March 9, 2011
Penduduk Kristian, Islam bertempur di Kaherah
Ini adalah satu perkembangan yang sangat membimbangkan. Saya kecewa kerana akhirnya Mesir kecundang juga dengan jerat pihak-pihak yang memang mahukan pertembungan antara penganut pelbagai agama terutama antara Islam dengan pihak lain berlaku untuk kepentingan mereka.
Di waktu perasaan rakyat Mesir masih berada di dalam keadaan tegang apa-apa saja provokasi cepat membangkitkan kemarahan dan membuatkan meletusnya perlakuan yang ganas dan sebagainya.
Perkembangan terbaru ini akan lebih merumitkan keadaan di Mesir dan merumitkan situasi warga Islam di seluruh dunia.
Di hati saya menjangka perkembangan yang berlaku di Asia Barat dan Libya berkemungkinan akan berkembang menjadi sesuatu yang lebih negatif lagi kepada negara-negara tersebut dan kepada dunia secara keseluruhannya.
Dan saya semakin risau.
Wednesday, March 2, 2011
Berilmu tetapi tidak mempunyai keinsafan dan adab
Madah Imam As-Shafie’ :
Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia banyak menyendiri , mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.
Saya suka bahagian - kalangan orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab. Sekarang ramai orang yang sangat tinggi pencapaian akademiknya tetapi tidak tahu bersyukur dan tidak insaf. Saya harap saya tidak termasuk dalam kalangan ini. (Emm in the first place saya tak banyak ilmu pun...)