Thursday, December 23, 2010

Anugerah Skrin 2010

Anugerah Skrin 2010 akan berlangsung pada 24 Disember 2010 di PWTC, Kuala Lumpur. Saya ucapkan tahniah kepada yang tercalon dan doakan calon terbaik untuk menang. Saya tidak tercalon pada mana-mana kategori untuk kali ini. Tiada drama yang menglibatkan saya ditayangkan pada jangka waktu pertandingan.

Saya akan cuma mengetahui nama-nama penulis skrip yang bakal bertanding di peringkat akhir pada hari pertandingan sahaja. Jadi tidak pasti samada ada rakan penulis yang saya kenali bakal masuk ke peringkat akhir. Apa-apa pun saya mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada penulis-penulis yang bakal memenangi memenangi kategori lakun tv dan lakon layar filem terbaik.

Hidup penulis skrip!

Saturday, December 18, 2010

Drama Jalan Lain Ke Madinah di Astro Oasis pula

Drama Jalan Lain Ke Madinah hasil skrip tulisan saya baru sahaja ditayangkan di RTM pada 13 Ogos, 2010. Tup-tup ditayangkan pula buat pertama kalinya di Astro Oasis pada 13 Disember, 2010. Petang tadi (18 Disember, 2010) saya tengok lagi buat kali kedua di Astro Oasis.

Agak memberangsangkan pihak penerbit drama ini Layar Consult Sdn Bhd berjaya mendapat keizinan daripada RTM untuk menayangkan drama ini di saluran Astro Oasis pula dalam tempoh yang begitu dekat dari tarikh tayangan di RTM. RTM selalunya memegang hak penyiaran kepada sesebuah drama yang dijual ke stesyen mereka untuk tempoh 3 tahun. TV3 pula memegang hak penyiaran untuk selama-selamanya.

Saya rasa ini satu perkembangan yang sihat. Untuk menyiapkan sesebuah drama bukannya mudah dan diperam di sesebuah stesyen tv sahaja tanpa ada peluang untuk ditayangkan di stesyen yang lain walhal drama itu drama yang baik adalah sesuatu yang merugikan bukan sahaja kepada pihak penerbit tetapi kepada peminat drama.

Sesebuah drama atau program yang diterbitkan perlulah diberi peluang untuk dipertayangkan kepada seramai penonton untuk faedah semua. Stesyen-stesyen tv perlulah mengwujudkan satu mekanisme perkongsian yang menang-menang agar sesebuah drama atau program tv yang diterbitkan dapat menembusi jumlah besar masyarakat dengan mengambil kira keuntungan untuk semua pihak.