Friday, October 15, 2010

BAJET 2011 dan kaitannya dengan hidup saya

Bajet 2011 telah diumumkan. Bajet 2011 ditambah kepada RM214 billion dari RM206.2 billion pada tahun 201o.

Secara peribadi saya rasa tiada apa yang luar biasa dengan Bajet 2011. Yang luar biasa adalah pembinaan 100 tingkat menara tertinggi dunia dan 3 billion yang akan dibelanjakan untuk projek 'eco-nature resort' Nexus Karambunai di Sabah. Adakah perlu projek-projek ini. Ya mungkin, saya tidak mengetahui banyak perkara.

Antara pengumuman yang bakal memberi impak kepada kehidupan saya sebagai rakyat biasa di Malaysia:

- Peningkatan dalam jumlah pelepasan diri bagi pembayar cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000:

Ini akan menguntungkan saya sedikit, tak payah la nak pikir macamana nak naikkan perbelanjaan atau kurangkan pendapatan sehingga seribu ringgit dengan tujuan untuk kurangkan cukai.

- Dana Industri Kreatif bernilai RM200 juta untuk membiayai aktiviti industri kreatif seperti penerbitan filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan:

Bila la saya nak dapat rasa sikit Dana ni??

(Sedikit maklumat tambahan - Menurut Laporan Ekonomi 2010/2011 yang dikeluarkan sebanyak RM16.3 juta dikeluarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada 27 entiti pada September tahun ini di bawah Dana Industri Kreatif)

- Bagi memastikan kebajikan artis terbela, Tabung Kebajikan Penggiat Seni ditubuhkan sejak 23 Oktober tahun lalu dengan geran pelancaran sebanyak RM3 juta:

Penulis Skrip layak ke? Layak kot.

- RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap:

Sejak ada anak-anak kecil ni hal-hal mengenai pendidikan pra sekolah dan pendidikan kanak-kanak memang jadi keutamaan. Saya kena baca lebih lanjut pasal PERMATA ni. Nak tengok sesuai tak untuk Hessa dan Asma.

- Premium insurans hayat dinaikkan kepada RM7,000. Kenaikan RM1,000 ini adalah bagi pelepasan ke atas premium anuiti yang mula dibayar pada 1 Januari 2010 untuk tujuan persaraan yang ditawarkan oleh syarikat insurans:

Berkenaan ke dengan saya ha? Saya tak ambil pakej persaaran dengan syarikat insuran, insuran hayat tu memang la ambik.

- Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta:

Empat lebuhraya yang mana ha? Saya lalu tak?


- Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun akan diberikan mulai tahun depan sehingga 2012:

Langganan Streamyx diambil kira ke?

Kerajaan telah mencadangkan cukai perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan yang dikenakan cukai meningkat kepada enam peratus daripada lima peratus:

Ni memang terkena. Kena pergi ke tempat-tempat yang tidak mengenakan cukai perkhidmatan lepas ni.

Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.:

Astro??

- Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil:

Mana nak lari?? Ala tokey-tokey besar banyak lagi dia orang nak cekup.

Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit:

Suami petani. Mungkin relevan untuk dia periksa tentang ni. Tapi dia dah cakap semalam, pelek bila dengar Persatuan Peniaga Cina cadangkan petani bumiputera bergiat dalam industri sarang burung walit atas alasan petani Cina tak ada tanah. Punya ramai petani Cina kat Malaysia ni bertani atas berjuta-juta hektar. Tak ada masalah pun dia orang cari tanah.

Apa-apa pun yang paling utama bajet diri sendiri dan keluarga yang perlu dipertingkatkan dan dikawal. Bajet 2011 sampai RM214 billion itu duit kerajaan bukan duit saya.

Monday, October 4, 2010

SATU LAGI I LIKE!

Tulisan seorang pemberi komen di sebuah blog:


..bila berani hentam melayu bermakna seseorang tu menjadi malaysian yang sejati kalo hentam cina,hindu? ohhh itu rasis...

I like his observation. Bravo!

I LIKE!

Terjumpa motto seorang pemberi komen ni blog PISAU. NET -

AKU MELAYU ISLAM SO WHAT!!!

I like his motto! Bravo!

Sunday, October 3, 2010

Falsafah hidup - BERBUAT BAIK

Banyak falsafah hidup (life qoutes) yang diilhamkan oleh pelbagai individu yang baik-baik dan menusuk ke hati apabila dibaca. Banyak yang memberi keinsafan dan kesedaran. Saya nak mula tulis tentang falsafah-falsafah hidup ini di blog saya. Sekurang-kurangnya saya dapat kumpul falsafah hidup yang saya hargai di blog saya ni.

Dibawah adalah falsafah hidup yang saya jumpa semasa sedang membuat skrip drama Filantropi.

All of us are born for a reason, but all of us don't discover why. Success in life has nothing to do with what you gain in life or accomplish for yourself. It's what you do for others. ~Danny Thomas

Betul juga kata Danny Thomas ni. Ukuran kejayaan hidup kita juga bergantung kepada berapa banyaknya kita berbuat baik pada orang lain.