Saya kira ini satu lagi berita baik pada hari ini, 26 Jun, 2010 untuk UMNO khasnya dan mungkin untuk Melayu Malaysia amnya (memandangkan UMNO samada disetujui atau tidak adalah sebuah parti tulang belakang orang Melayu dan Islam yang masih menerajui kepimpinan negara). Ramai ulama muda telah menyertai UMNO. Dahulu ada juga ulama yang menertai UMNO namun impak mereka agak kurang. Rata-rata tetap cop Parti UMNO sebagai parti yang jauh dari Islam.
Mungkin kemasukkan beramai-ramai ini membawa bersamanya satu gelombang yang lebih kuat lantas mampu memberi kesan yang positif pada UMNO.
Saya masih ingat kata-kata Dato'Nazri (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri). Kata beliau ramai yang masuk UMNO dengan harapan mahu mengubahnya, namun apa yang terjadi mereka yang telah diubah oleh UMNO.
Harap para ulama muda ini tidak termasuk dalam golongan yang disebut menteri di jabatan perdana menteri itu.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/40ulamamudamasukUMNO/Article
'..one write not because one wants to say something, one write because one has something to say..'
Saturday, June 26, 2010
KERAJAAN BATAL LESEN JUDI BOLA
Berita baik hari ini 26 Jun, 2010. Kerajaan telah membatalkan lesen judi bola kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang telah dipersetujui secara dasar tidak lama dahulu.
Alhamdulillah. Akhirnya suara rakyat yang majoriti menentang lesen ini dikeluarkan diambilkira kerajaan.
Sejak akhir-akhir ini banyak juga polisi dan inisiatif yang cuba dikenalkan kerajaan terpaksa ditarik balik kerana tentangan rakyat. Baguslah, cuma lebih bagus kalau polisi dan inisiatif itu langsung tidak dibuat sama-sekali. Jadi rakyat pun senang hati, tak perlulah dok fikir dan analisa setiap langkah kerajaan kerana tidak berkeyakinan dengan tindakan mereka.
Apa-apa pun alhamdulillah. Ini satu kemenangan buat Malaysia. Semoga duit cukai yang terlepas dek kerana penarikan lesen ini dibalas Allah s.w.t dengan rezeki yang melimpah ruah lagi kepada rakyat Malaysia.
Bacaan lanjut : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Batallesenjudibola/Article/

Sunday, June 20, 2010
TV HIJRAH
Pergi ke Bengkel Fiqh Pernerbitan hari ini, 20 Jun, 2010 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi. Bengkel anjuran bersama TV Hijrah dan FDAM (Persatuan Sutradara Malaysia).
Jelas apa yang diaspirasikan oleh TV Hijrah. TV Hijrah bukan saja mahu menjadi sebuah stesyen tv yang mengeluarkan kandungan program tv yang selari dengan nilai Islam, malahan mahu juga setiap aspek di dalam pembikinan program tersebut daripada pra produksi hinggalah ke pos produksi mahupun dalam aspek promosi sejajar dengan nilai-nilai Islam. Kalau boleh artis yang melakonkan watak di dalam sesebuah drama tayangan TV Hijrah pun harus juga bersifat mulia di luar set.
Iklan-iklan yang bakal ditayangkan di TV Hijrah juga akan diterbitkan mengikut piawaian yang sesuai dengan Islam. Selain itu kandungan program juga mesti yang terbaik dan mendapat penerimaan baik dari para penonton.
Banyak yang dipelajari di Bengkel ini. Pertama kali mendengar filem patut juga diberikan status produk halal sekiranya setiap sudut pembikinan filem tersebut sejajar dengan piawaian Islam. Juga diingatkan kembali kepada apakah definasi seni yang sebenarnya. Seni sebenarnya adalah apa-apa yang indah yang membawa manusia dekat kepada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Jadi kalau drama atau filem itu tidak indah dan tidak membawa kita dekat kepada Allah, itu bukan hasil kerja seni, ok.
Aspirasi TV Hijrah memang mulia. Saya tahu bukan mudah untuk TV Hijrah merealisasikan aspirasinya. Saya menyokong usaha murni ini. Semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk dan hidayah kepada tenaga kerja TV Hijrah untuk terus melakukan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.

Cina tolak judi, Melayu sokong judi
Artikel dibawah dipetik dari Utusan Malaysia 19 Jun, 2010. Artikel menjelaskan segalanya. Sedih sekali bagi Menteri yang beragama Islam ini menyokong judi. Sebaliknya pulak Menteri yang berbangsa Cina pula menolak judi kerana mengaku sebagai penganut agama yang hebat-hebat didunia ini beliau menentang aktiviti perjudian, selari dengan agama yang dianutinya.
Sepatutnya yang Islam mentarbiahkan yang bukan Islam. Apakan daya Menteri Islam dah tak nampak jalan yang lurus.
Menteri Islam ini selalu menentang Tun Mahathir dalam segala hal, namun dalam hal perjudian ini akhirnya mereka bersatu.
"Tahniah" untuk Menteri-Menteri Islam di Malaysia.
Nazri sokong lesen judi Piala Dunia, Tsu Koon setuju tangguh
MOHAMED NAZRIDR. KOH TSU KOON
KUALA LUMPUR 19 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, langkah kerajaan memberikan lesen menjalankan perniagaan perjudian kepada Ascott Sports Sdn. Bhd. adalah bagi menghormati hak masyarakat bukan Islam di negara ini.
Katanya, ini kerana kerajaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan bukannya masyarakat beragama Islam sahaja kerana amalan bertaruh merupakan sebahagian daripada cara hidup bagi sesetengah masyarakat bukan Islam.
"Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja," katanya dipetik daripada laporan portal propembangkang, The Malaysian Insider hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam satu sidang akhbar di sini hari ini pula memberitahu, keputusan kerajaan menangguhkan pemberian lesen judi itu amat dialu-alukan.
Beliau yang juga Presiden Gerakan menjelaskan, pemberian lesen judi akan hanya menambahkan ruang buat masyarakat terlibat dalam aktiviti pertaruhan.
Katanya, kegiatan berjudi boleh mendatangkan kesusahan hidup kepada sesiapa yang terlibat termasuk masalah moral dan sosial.
"Selama ini, Gerakan mengambil pendirian menentang (aktiviti) promosi pertaruhan dan perjudian kerana kita adalah para penganut agama-agama terhebat di dunia," katanya.

Tuesday, June 15, 2010
Tun Mahathir setuju dengan lesen judi Piala Dunia
Komen Tun Mahathir dipetik dari - http://www.nst.com.my/nst/articles/06mah1/Article/
'Nothing wrong with sports betting' KUALA TERENGGANU: Former prime minister Tun Dr Tun Dr. Mahathir Mohamad said he found nothing wrong in the government's decision to allow sports betting as long as Muslims were strictly barred from it. "This is my take on the issue. The Chinese, especially, like to gamble. If we do not allow (betting), they are going to do it anyway, through illegal means," he said at the "Melayu Bangkit" rally at the state indoor stadium here. He was asked to comment on protests by the opposition parties against this decision.
Komen Bung Mokhtar dipetik dari - http://kedahku.blogspot.com/2010/06/bung-mokhtar-judi-bola-beri-kesan.html
"Saya bersetuju dengan tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola kerana ia akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Orang Islam tidak perlu bimbang kerana kerajaan hanya menyediakan platform untuk orang bukan Islam berjudi secara sah dan bukan di pasaran gelap."
1. Judi itu haram dalam islam.
2. Kita sebagai orang islam patutnya berdakwah tentang ajaran islam kepada bukan islam. Oleh itu kita patut berdakwah kepada yang bukan islam tentang keburukkan berjudi. Bukannya mengalakkan lagi mereka berjudi.
3. 'Bukan islam tetap akan berjudi secara haram jika tiada lesen'. Ya tiada sesiapa dapat melarang mereka berjudi secara haram tetapi kerajaan tidak patut melesenkan judi bola ini atas alasan ini. Sebaliknya kerajaan patut menekankan keburukkan berjudi itu samada berlesen atau tidak.
4. Pendapat-pendapat yang bernada bahawa hanya orang islam yang haram berjudi manakala orang bukan islam patutnya dibiarkan bebas berjudi seolah mencerminkan prinsip agama islam itu sempit, tidak universal. Seolah judi itu hanya tidak elok untuk orang islam, manakala untuk bukan islam elok dan digalakkan. Pendapat sebegini seolah menggambarkan begitu banyak sekatan hanya kepada orang islam, manakala orang bukan islam hidup bebas bahagia di muka bumi Allah ini. Ini akan membuatkan lebih ramai merasakan hukum islam itu berat.
5. Sebagai orang islam kita patut berpegang apa-apa yang dilarang agama tidak baik juga untuk semua umat manusia tidak kira bangsa dan agama. Dan apa-apa yang digalakkan agama baik juga untuk semua manusia tidak kira bangsa dan agama.
6. Janganlah kerana duit sanggup menghalalkan apa yang haram. Walaupun negara dikatakan bakal bankrap oleh Idris Jala, sebagai orang islam kita mesti penuh yakin dengan rezeki yang halal dari Allah s.w.t. Kalau sudah positif bankrap pun kalau Allah nak bantu negara kita DIA akan bantu, tak payah pakai duit judi yang berbillion tu.
7. Janganlah kerana sudah sedia ada pelbagai jenis judi di negara kita, kita suburkan lagi industri perjudian negara dengan menambah lagi lesen untuk judi bola pula. Mungkin sukar untuk kerajaan mengharamkan semua jenis judi yang sedia ada di negara kita, tetapi ini bukan sebab untuk menambah lagi kepada apa yang telah sedia ada. Allah s.w.t menurunkan bala kepada kaum yang suka berlebih-lebih di dalam berbuat maksiat.
8. Jika mahu bacalah http://drmaza.com/home/?p=1134 untuk lagi pandangan mengenai hal judi bola ini.
Selamat untuk Malaysia.

DRAMA ILUSI
Ilusi - Drama episod slot Akasia TV3 ditulis oleh saya akan ditayangkan mulai 21 Jun, 2010.
Selamat menonton.
Wednesday, June 9, 2010
Kampung Baru Oh Kampung Baru
Terbaru 9 June, 2010 - Tidak jadi pembahagian pembangunan hartanah 60:40 pada Melayu dan bukan Melayu. Kini semua untuk Melayu kecuali pembangunan komersial yang mungkin menyaksikan pembabitan kaum bukan Melayu dalam pembangunan komersial tersebut.
Saya ada menulis tentang lawatan PM ke Kampung Baru setelah beliau naik sebagai PM. Saya sebenarnya sudah rasa ada sesuatu perancangan istimewa yang bakal menglibatkan Kampung Baru dengan lawatan ini. Sah, awal bulan Jun, 2010 diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pembahagian diatas.
Akibat ditentang pelbagai pihak akhirnya kerajaan berkata yang pembahagian diatas hanya cadangan.
Agak mengecewakan kebelakangan ini setelah mendapat tentangan barulah kerajaan menarik balik banyak dasar yang telah mereka cadangkan. Kalau tidak ditentang lepas la tu. Kerajaan bukan lagi institusi di mana dasar-dasar dan polisi mereka boleh diyakini menjaga kepentingan rakyat. Dasar-dasar kerajaan kini hampir semua perlu ditelusi, jika tidak mungkin mengadai rakyat dan menyusahkan juga.
Ramai berkata kalau betul Umno hendak bertolak-ansur lagi dengan memberikan 40 peratus Kampung Baru moden kepada Cina dan India, maka wajarlah MCA dan MIC menyokong memperuntukkan 40 hingga 60 peratus Petaling Street dan Brickfields kepada Bumiputera
Ramai juga berkata bukan bumiputera dah ada lebih daripada cukup di Petaling Street, Brickfields, Jalan Bukit Bintang, KLCC, Pavillion, Lot 10, Times Square, Starhill dan Mid Valley. Berapa kerat Melayu ada apa-apa disitu?? Kalau ada pun kena kaji semula siapa di belakang mereka? Bukan bumiputera?
Ramai juga berkata kekalkan sajalah Kampung Baru milik eksklusif Melayu seperti tujuan asal penubuhan Kampung tersebut oleh Sultan terdahulu.
Kampung Baru terlepas lagi cubaan untuk menjualnya bagi keuntungan pelbagai pihak. Masa hadapan belum tahu lagi.
Selamat untuk Kampung Baru.

MEETING WITH SM - 8 June, 2010 at Senawang, Negeri Sembilan
SM is an abbreviation of a special private group that i'm a member of back in my high school days in Sek Men King George V (KGV), Seremban, Negeri Sembilan. I cannot divulge the full name of this special group. The members of this group have sworn since the inception of this group that we shall not reveal what is SM to people outside this group till death do us part (so serious meh?)
So all the while when were were in KGV, friends and foes (people who are jealous of us, hohoho) have been wandering what is the meaning of SM. Even our beloved headmaster at that time En Mohd Zain was also wandering what is SM and who are the students behind it.SM is so popular back then in school because the members of this group is the most loud, vocal, active, daring, bold, attractive, hohoho etc, etc. We were also very close knitted that many became very envious, hohoho and even scared of us. Many also hated us! Why? Because we have no insurance what so ever on our mouths and is ever ready to get back at any boys in schools who show disrespect towards us. The boys of our school especially our batch are very hard line. To match them we also have to be as hard-hitting.
But i'm sure we also have many admirers. We in SM received many love letters from the guys in school. We also have so many abang angkat back then.
We made our presence in school very clearly. We used to draw the SM symbol everywhere around school. At the canteen tables, chairs. At our classroom furniture. At the schools walls, at the tunnel walls (we have a tunnel at school). Our stuff i.e. school bags, text books, exercise books, hockey sticks, even clothing are full with SM symbol.
Funny how every SM members are very diligent SM symbol drawer. We draw the symbol everywhere, including at the walls of the Seremban bus terminal, the buses chairs etc. We used mostly liquid papers, pen and pencils to draw the logo. One member is very artistic though. She uses knife to carve the symbol especially at the schools tables. Hohoho.
This habit of mild vandalism by the SM members has cause the school administrations to loose their nerve. I remembered one day the headmaster made an announcement during the assembly wanting the members of SM to step up, announce who we are, not to hide behind our SM names and turn the school to SM symbol hohoho.
I tell you one thing - SM members rules! We were so powerful at school, we made the school like our mak bapak school. We were the untouchables. And I'm loving it!
SM actually was formed when we were in form two - 1985. We were already very close knitted since form one and decided to formally form a group among us. So we agree on the name SM - I actually suggested it. And we decided on the people who can be in the group. The members of this group can only consist of the below privilege people:
1. Amelia Ariffin
2. Fauziah Tanyon
3.Juliyati Yaakob
4. Nor Faznita Md Nor
5. Norini Mohamad
6. Rozana Abdul Zainal
7.Shafini Abdul Karim
8. Siti Hajar Yaacob
9. Suzani Yusuf
No other people can be added into this group. Mind you, there were few wanting to be SM members, but not allowed admission. Hohoho.
There are no hierarchy to this group. Everybody is the leader and everybody is the follower. Every member has a strong personality though that we all have an equal presence and standing in this group.
I had the time of my life being SM members. We are so fun, we laugh all the time, we were in so many things in school. Were acted, sang at many schools plays and presentations, became the first girls scout batch of KGV (we really fought for this to happen as the school is not in favour of this, so too the boys scout). Were were the school hockey players, were were the school representatives in many activities. Were are everything la. But mostly were were good girls living the most of our teenager lives.
We were blunt, blur, naive at times and may have hurts many of our schoolmates and teachers feelings for being ourselves. For that we are sorry. We were just kids back then guys.
Now most of us are mothers to many children. Wife to one though. Some are still working, some have businesses of their own, some are house makers now. Many have gone fat! Myself included! We have gone through many up and downs of lives, some have fallen sick, have survived marital challenges etc. We have all matured, we are going to be forty next year you know! But one thing i still find in common among us is the how easy for us to laugh. We meet, we click and we laugh and laugh and laugh until we part. SM past and present is all about laughter.
Not all attended the meeting on 8 June, 2010 only 5 of us. Juliyati is in Penang, Fauziah & Shafini are not contactable, Siti Hajar emm, don't want to be contacted. Maybe one day all 9 of us will meet again and rekindle old days and talk about the present days of our lives.
The five SMs' now - from left, Norini, Amelia, me, Rozana and Suzani.
Suzani and Rozana have not met up since we left school 21 years ago. It was good to see the two enjoying each other company. We ended up talking for 5 hours leaving behind our kids and hubbies at home and work. Sadly, Norini had to make an early exit since she has to continue work after her lunch hour finishes.
Hope to meet up again someday. Till then - HIDUP SM!!!!!!! May Allah s.w.t give His blessing to all of us. I'm sure am blessed to have been a part of all your lives before. Thank you for everything.
Tuesday, June 1, 2010
HASIL PERTEMUAN GABUNGAN BEBAS PENULIS SKRIP MALAYSIA YANG KEDUA PADA 29 MEI, 2010
Seperti yang diatur pertemuan kedua Penulis Skrip telah berlangsung pada 29 Mei, 2010 di Rumah Pena. Kumpulan penulis ini kini dinamakan dengan nama Gabungan Bebas Penulis Skrip Malaysia (GBPSM).
1. Mesyuarat bermula pada 3:20 petang. Kehadiran kali ini adalah berjumlah 20 penulis.
2. En Zabidi Mohamed telah membentangkan satu pelan tindakan yang cukup baik mencakup kepada pelan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang yang bakal dilaksanakan oleh GBPSM. Pelan ini berlangsung dari Jun hingga Desember 2010.
3. En Zabidi Mohamed juga telah membentangkan tentang deraf kontrak penulis skrip dengan produser.
4. En Jamil Mutalib telah berkongsi tentang Majlis Tindakan Industri Kreatif - MAJIKA.
5. GBPSM telah merancang untuk satu Khemah Sehari Semalam untuk penulis skrip Malaysia pada 17 dan 18 Julai, 2010 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Untuk itu satu pertemuan antara wakil GBPSM dengan wakil Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan telah diadakan pada 2 Jun, 2010 jam 10:30 pagi . Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan telah diwakili oleh Puan Juriyati Mat Jalil - Setiausaha Akhbar Menteri Besar dan Encik Sharif Mohamad - Pembantu Peribadi Menteri Besar.
6. Untuk maklumat lanjut tentang GBPSM dan Khemah Sehari Semalam yang dirancang sila klik facebook GBPSM - http://www.facebook.com/group.php?gid=313191606710
7. Untuk bacaan lanjut tentang arah tuju GBPSM sila layari blog Puan Maizura Mohd Ederis dan Encik Jamil Mutalib- http://tangisanbulanmadu.blogspot.com/2010/06/wujudkan-kumpulan-pendesak-bukan.html & http://skrapskrip.blogspot.com/2010/05/gabungan-bebas-penulis-skrip-malaysia.html
Semoga berhasil!
Subscribe to:
Posts (Atom)