Ada permintaan dari rakan sepenulis untuk para penulis skrip berkongsi harga belian skrip. Saya kongsi harga yang saya dibayar k:
1. Harga Telemovie/Telefilm/Drama 90 minit : Antara RM3500 - RM5000
a) Telemovie ideal asal dan skrip oleh saya, saya dibayar antara RM4500-RM5000.
Di dalam kategori a) ini hanya sebuah syarikat penerbitan sahaja yang sanggup membayar saya RM5000 untuk telemovie tayangan TV3. Untuk tayangan TV9 saya dibayar RM4500 oleh syarikat tersebut. Sayang saya sudah lama tidak menulis telemovie untuk syarikat ni, hehehe.. Syarikat lain paling tinggi RM4500 walaupun untuk tayangan RTM.
b) Telemovie idea asal dari syarikat penerbitan saya dibayar antara RM3500 - RM4500.
Setakat ini hanya tiga telemovie yang saya tulis idea asal dari syarikat penerbitan.
c) Namun kini saya telah menetapkan saya hanya akan menulis telemovie dengan bayaran minima RM4500 walaupun idea asal dari syarikat penerbitan.
2. Harga drama epsiod 1/2 jam : Antara RM800-RM1200
a) Ada dua dari drama episod 1/2 jam yang saya tulis idea asal dari syarikat penerbitan. Malah telah disediakan treatment untuk saya. Namun seperti biasa banyak rombakan yang dibuat walaupun treatment disediakan. Untuk kategori ini saya pernah dibayar RM800 untuk satu episod.
b) Drama yang idea asal dan skrip oleh saya dibayar RM1000-RM1200.
3. Harga drama episod 1 jam : Antara RM1500 - RM2400.
a) Harga RM1500 hingga RM2400 bergantung kepada faktor-faktor seperti di dalam kategori drama episod 1/2 jam juga iaitu sumber idea asal dan sebagainya.
4. Masa untuk menyudahkan skrip: Ini adalah faktor yang saya ambilkira di dalam menentukan harga skrip. Kalau hendak cepat maka harga pun perlu tinggi sedikit.
Sekian.