Saturday, February 27, 2010

Jemaah Islah Malaysia dan kempen anda bijak jauhi zina

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) adalah satu pertubuhan NGO. Didaftarkan pada 27 Julai, 1990. Sayap wanitanya Wanita JIM di tubuhkan pada 1993.

Kini JIM beroperasi di 14 negeri dan mempunyai 54 cawangan. Ibupejabat ni Melawati, Kuala Lumpur. Ahlinya kini serami 8,000 di seluruh Malaysia.

Motto JIM ' Bersama Islam Membina Masyarakat"

Laman Web Jemaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my/v1/


KEMPEN ANDA BIJAK JAUHI ZINA OLEH JIM

OBJEKTIF KEMPEN

1. Memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang punca dan perkara-perkara yang membawa seseorang itu terjebak dengan gejala zina.

2. Mengendalikan satu program untuk generasi muda bagi membina jati diri seterusnya boleh dijadikan bagi remaja untuk panduanmembentengi diri daripada terlibat dengan gejala sosial khususnya zina .

3. Menyedarkan peserta tentang bahaya zina dunia dan akhirat.

4. Memupuk kesedaran dalam ahli masyarakat, agensi kerajaan, agensi swasta dan gabungan NGO untuk sama-sama berganding bahu mencegah kemungkaran (zina) kerana

Bunuh, buang anak sendiri, rayuan Wardina, projek pemulihan puduraya, kampung baru, Rosmah, Shahrizat, komen ustaz, Jemaah Islah Malaysia...


Jantung saya macam nak terhenti, mata berpinar, terasa masa terhenti, terpana....saya tidak berkata-kata untuk sekian lama...termanggu sahaja....


Di atas apa yang berlaku pada saya menonton berita utama semalam di TV3. Kita menyambut Maulidur Rasul 1431/2010 semalam. Menyesal saya menonton berita utama tersebut. Belum panas buntot di kerusi terus sahaja berita melaporkan tentang anak perempuan 3 tahun di dera oleh teman lelaki ibunya sehingga mati! Tubuh badan anak itu lebam-lebam, luka, cedera dikerjakan teman lelaki. Akibat pendarahan dalaman yang teruk anak itu mati! SYAITAN PUNYA MANUSIA!


Saya terngangga, suami saya pula terus pergi meninggalkan ruang tv setelah mendengar laporan tersebut. Beliau terlalu kecewa. Belum sempat saya menutup mulut berita melaporkan pula seorang bayi di 'flush' oleh si pembuangnya ke dalam jamban sehingga remuk badan! SYAITAN PUNYA MANUSIA!





Saya terus termanggu.....Seketika berita melaporkan tentang sambutan Maulidur Rasul 1431/2010 di Masjid Putrajaya. Laporan tersebut sudah tidak memberi apa-apa makna pada saya. Di hari mulia Rasullullah s.a.w dilahirkan rakyat Malaysia, sewarganegara dengan kita bunuh, 'flush' anak sendiri! Saya bangun meninggalkan tv, bawak Asma dan pergi duduk di luar rumah. Cari angin! Suami saya pula terus buat kerjanya. Kami tak sanggup dan berbincang pun pasal hal tersebut.


Sudah sekian lama boleh dikatakan setiap hari ada kes bayi dibuang sehingga mati..dari utara negara hinggalah ke selatan. Dan semalam kes dera dan buang bayi berturut-turut terjadi pada hari yang sama! Allah selamatkan lah kami Ya Allah. Teruk benar apa yang terjadi di negara kami ketika ini Ya Allah...


Komen Puan Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot





Wardina seorang artis terkenal telah membuat satu luahan yang bagi saya sangat berani dan berterus terang tentang masalah sosial di negara kita ini. Masalah sosial seperti bunuh dan buang bayi sendiri ini bagi beliau banyak bersangkut paut dengan paparan yang dibuat oleh para penerbit drama dan kelakuan para artis sendiri. Baginya adegan pegang tangan bukan muhrim di dalam drama harus dielakkan sama sekali.


Malangnya beberapa hari kemudian di dalam suratkhabar berita harian Wardina terpaksa berbicara lebih berhati-hati setelah menurut beliau dikecam oleh beberapa pihak kerana luahan beraninya itu.

Itulah senario zaman sekarang. Yang berani bercakap benar dikutuk. Sepatutnya lebih banyak pihak dari gologan agama, ahli politik, pengamal media dan sebagainya menyahut baik luahan Wardina ini.

Projek pemulihan puduraya, pembangunan Kg Bahru

Perdana Menteri banyak berikan masa, tenaga dan wang untuk projek-projek di atas. Puduraya akan ditutup untuk seberapa lama untuk dibaik pulihkan. Konsep pembangunan semula Kampung Baru pula akan memastikan penduduk serta pemilik tanah tidak perlu berpindah ke tempat lain.

Semua ini bagus namun saya merayu berikan masa, tenaga dan wang yang banyak juga untuk menangani isu dera anak dan buang bayi ini. Tolong lah! Rakyat kita sudah jadi pembunuh darang daging sendiri! Bukan seorang dua, sudah jadi fenomena! Turun lah ke padang! Kaji permasalahan dan rawatlah rakyat yang sudah kronik ini!


Rosmah dan Shahrizat

Dalam kekecohan kes buang bayi ini isteri Perdana Menteri meluahkan kekesalan yang amat sangat. Dan kini sedang memikirkan apa tindakan sebaiknya untuk menangani permasalahan ini. Menteri Shahrizat pula mengerahkan kakitangan jabatan kebajikan masyarakat untuk bersedia bekerja 24 jam bagi membantu dalam kes pembuangan bayi. Selain itu menteri Shahrizat mahu rumah kebajikan lebih banyak didirikan untuk menempatkan anak-anak luar nikah dari dibuang ibu bapanya.


Komen Ustaz-ustaz

Di tv -tv pula disiarkan komen-komen dari golongan ustaz tentang kes buang bayi ini. Kebanyakannya komen bernada selamat. Tiada seorang pun yang berani meminta pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya segera berbuat sesuatu untuk menghentikan perbuatan maksiat zina yang berleluasa di negara kita ini.

Mendirikan rumah kebajikan untuk terima bayi-bayi luar nikah, pakai kondom untuk elakkan mengandung, pendidikan seks untuk ajar anak-anak tentang seks , mengerah kakitangan di jabatan kebajikan masyarakat untuk 'on standby 24 hours'' bukanlah penyelesaian untuk kes buang bayi ini! Sebenarnya kita mesti perang dengan maksiat zina. Kita mesti target untuk ZERO ZINA!
Terus teranglah kepada rakyat Malaysia. Katakanlah bahawa jenayah buang bayi boleh dihentikan atau dikurangkan apabila terhentinya atau kurangnya maksiat zina. Suruh rakyat berhenti berzina!


Jemaah Islah Malaysia

Persatuan yang cukup aktif dalam menjalankan kempen menjauhi perbuatan zina dalam masyarakat. Saya akan tulis serba sedikit tentang persatuan ini di 'post' seterusnya.

Malam tadi saya tidak buka tv sewaktu siaran berita utama. Saya dan suami takut kalau ada lagi berita dera anak dan buang bayi dilaporkan lagi. Kami tak sanggup lagi nak mendengar laporan sebegini. Rasa kesian sungguh pada anak-anak kami Hessa dan Asma lahir pada zaman fenomena bunuh anak sendiri berleluasa.

Kini saya semakin terasa perlunya hukum hudud di laksanakan di Malaysia....


Drama Khalifah replay on TV9 for Maulidur Rasul 1431/2010

This an over and done with update. TV9 replayed the above drama(KHALIFAH) on 26 Feb, 2010 at 9:00 p.m. I wrote'Khalifah' for Grand Brilliance and was aired first time for year 2005 Maulidur Rasul.

I'm glad that 'Khalifah' was aired again. At least more people got to watch it. Also great to have gathered few positive comments on the drama. Way to go 'Khalifah'.

Khalifah mesej dakwah terbaik

Pada 26/10/2010,jam 9.30 malam ditayangkan satu drama bertajuk Khalifah di TV9.
Drama tu lakonan Zizan Nin, Fiza Halim,Anna, Arash Mohd dan ramai lagi...tapi tak tau la siapa pengarahnya..Tapi apa yang ana nak kongsinya di sini drama tu best sangat.. bacaan lanjut sila layar : http://azmuimraah.blogspot.com/2010/02/khalifah-mesej-dakwah-terbaik.html

Menonton Cerekarama bertajuk 'Khalifah'.

Aku suka menonton cerita kali ini, plot yang aman amat simple. Plot simple tapi isi ceritanya tidak.Untuk menjadi hero tidak semestinya kena jagi Superman atau Batman atau Keluangman. Kerani pun boleh jadi hero, pegawai boleh, bos pun boleh. Orang biasa boleh jadi hero...bacaan lanjut sila layar : http://dugongsenyum.blogdrive.com/archive/234.html

A discussion in a thread:

Bagaimana dengan drama Khalifah. Bagi ana, skripnya cukup mengesankan. Teori darwin, tawakal, penyerahan mutlak pada ALLAH, taqwa digarap dengan sangat baik...bacaan lanjut sila layar : http://74.125.153.132/search?q=cache:BdQN4Jw9tbsJ:iluvislam.com/v1//forum/viewthread.php%3Fforum_id%3D20%26thread_id%3D13563%26pid%3D195796+drama+khalifah&cd=7&hl=en&ct=clnk&gl=my




I'm back on fb

Fickle minded that's what it is. Actually not so much. I've made up my mind to close my personal fb account for the reasons i mentioned in my earlier post. Nonetheless this decision has to be reversed.

After the 21 Feb, 2010 meeting between the scripwriters i concluded that i need a personal fb account to make life easy to reach out to the scriptwriters out there.

So i'm back but probably due to the factors i mentioned earlier i will limit the interactions on my personal account for work purpose only.

Tuesday, February 23, 2010

HASIL PERTEMUAN PARA PENULIS SKRIP PADA 21 FEB, 2010 – ‘GABUNGAN PENULIS SKRIP MALAYSIA’ & RESOLUSI 21 FEB, 2010

Kronologi:


1. Alhamdulillah seperti yang dirancang perjumpaan para penulis skrip telah berjalan dengan lancar bermula dari jam 3:20 petang sehinggalah jam 5:00 petang, 21 Feb, 2010 di Wisma Bernama, Kuala Lumpur.

2. Kehadiran adalah seramai 37 orang terdiri daripada para penulis, pengarah dan sebagainya yang berkaitan dengan penulisan skrip.

3. Saya telah menjadi moderator pada perbincangan tersebut. Selesai sahaja saya mengenalkan diri terus sahaja salah seorang hadirin meminta penjelasan apakah tujuan pertemuan ini diadakan. Maka saya pun kenalah pergi dari satu agenda ke satu agenda dengan agak cepat. Saya faham para hadirin masih ramai yang meneka-kena apakah tujuan pertemuan ini diadakan.

4. Saya sendiri telah mendapat beberapa maklum balas bahawa terdapat beberapa pihak yang telah tersalah tafsir akan tujuan pertemuan ini diadakan. Ada yang menyangka kami mahu mengambil alih pucuk pimpinan SWAM yang sedia ada.

5. Maka saya dengan cepat menjelaskan bagaimanakah pertemuan ini dimulakan. Semuanya dari email yang dihantar oleh saudari Sofia Aliza (akan dirujuk sebagai email asal) kepada beberapa penulis skrip (termasuk saya) tentang permasalahannya dengan seorang produser. Dari itu saudara Eizlan telah menawarkan diri untuk berjumpa dengan presiden SWAM untuk memaklumkan beliau tentang permasalahan yang dihadapi oleh para penulis skrip.

6. Presiden SWAM pula mahu ahli yang berdaftar dengan SWAM sahaja bertemu beliau. Maka beberapa penulis di email asal pun berfikir-fikir apa yang patut dibuat seterusnya.

7. Saya mencadangkan agar satu pertemuan diadakan di kalangan para penulis skrip tidak kira ahli SWAM atau tidak bagi membincangkan apa yang patut kita semua lakukan setelah mendapat maklum balas dari Eizlan tentang pertemuannya dengan presiden SWAM.

8. Maizura Ederis pula telah menyahut baik seruan saya dan terus bertanya di mana dan bila kita hendak berjumpa.

9. Saya dan Maizura berbincang dan akhirnya bersetuju untuk diadakan pada 21 Feb, 2010 jam 3 petang di Finas. Malangnya Finas mengadakan hari terbuka Finas pada tarikh yang sama maka tempat lain terpaksa dicari. Maizura berusaha dan berjaya mendapatkan bilik latihan di Wisma Bernama, Kuala Lumpur.

10. Sejujurnya saya dan Maizura Mohd Ederis letih bercakap dan mendengar luahan para penulis tentang nasib mereka, tentang betapa tidak effektifnya SWAM dan sebagainya. Kami mendengar keluahan di email-email, di perbualan telefon, di merata tempat lah. Ada yang mencadangkan berjumpa di kedai-kedai mamak untuk bercakap lagi tentang nasib penulis skrip ini.

11. Penat hanya bercakap sahaja maka dengan itulah saya dan Maizura mahu para penulis berjumpa. Lebih senang berbincang setelah bersemuka kan?

12. Walau apapun cadangan saya untuk mengadakan perjumpaan itu disokong ramai oleh penulis di dalam email asal. Namun ramai dari penulis di dalam email yang asal yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu. Yang hadir di antara kami hanyalah Zaini Kosnin, Dzof Azmi, Maizura dan saya.

13. Sewaktu perjumpaan kami ditanya siapa yang anjurkan pertemuan ini mengapa tiada jemputan secara rasmi dan sebagainya. Jawab saya anjuran ini diadakan secara tidak formal. Maizura, saya dan beberapa penulis dari email asal telah memanjangkan jemputan kepada kenalan penulis mereka. Kami pun tidak tahu samada akan mendapat sambutan atau tidak. Namun setelah mendapatkan pengesahan dari para jemputan, jumlah yang dijangka hadir sekitar 40 lebih hadirin. Jemputan hanya dibuat melalui facebook, email, sms, blog, panggilan telefon sesama penulis sahaja. Maizura pun menempah bilik perjumpaan sesuai dengan kehadiran yang dijangka.

14. Untuk kos tempahan bilik mesyuarat saya dan Maizura telah bersedia untuk mengeluarkan duit dari poket masing-masing untuk bayaran bilik sekiranya hadirin yang hadir tidak membayarnya. Namun saya dan Maizura mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir kerana kesudian memberi sumbangan sewa dewan yang berjumlah RM450 untuk setengah hari. Bayaran ini merangkumi : Sewa kerusi meja, P.A. system, layar projektor dan air mineral.

15. Sumbangan yang terkumpul itu sebanyak RM264. Saya dan Maizura menyelesaikan baki sewa sebanyak RM186.

16. Saya tidak boleh bercakap untuk orang lain, tetapi saya sejujurnya tidak mempunyai apa-apa agenda dalam mengadakan pertemuan tersebut. Sekali lagi saya tegaskan saya penat mendengar segala keluahan negatif dari penulis skrip. Itulah saya cadangkan penulis skrip berjumpa.

17. Saya juga rasa banyak perkara di dalam dunia penulisan skrip di Malaysia perlu diperbaiki segera. Contohnya hal hakcipta dan sebagainya lah lagi. Namun saya rasa perlu mendapatkan pandangan penulis yang lain apa isu yang mereka mahu perjuangkan dan bagaimana kami mahu perjuangkan kerana bukan saya seorang sahaja penulis skrip di Malaysia ini. Oleh sebab itu kami perlu berjumpa dan berbincang.
18. En Zabidi Mohamed pada mulanya telah menawarkan diri beliau untuk mengderafkan kontrak bagi penulis skrip. Kontrak ini akan mengambil kira pelbagai aspek dan menjaga kepentingan penulis skrip. En Zabidi adalah seorang peguam. Seterusnya dari tawaran En Zabidi ini majoriti para hadirin telah mencapai persetujuan bagaimana mahu menangani isu para penulis skrip. Persetujuan ini kami panggil RESOLUSI 21 FEB, 2010 seperti berikut:

RESOLUSI 21 FEB, 2010
  • Daripada usul En Zabidi ini akhirnya dipersetujui En Zabidi akan mengetuai ajen-ajen perubahan terdiri daripada kalangan hadirin iaitu En Dzof Azmi, En Mohamad Yusuff Mohamed, Encik Mazelan Manan dan En Shamsul Ambia.
  • En Zabidi dan ahli kumpulannya (agen-agen perubahan) akan membuat deraf kontrak, kemudiannya akan meminta input daripada semua hadirin untuk menambahbaik deraf kontrak tersebut sekiranya perlu selain mendapatkan pelbagai input yang lain.
  • Seterusnya En Zabidi dan kumpulannya akan membuat deraf akhir setekah mengambilkira input yang diberi hadirin dan akan menjemput satu lagi perjumpaan untuk membincangkan deraf tersebut. Sekiranya dipersetujui ramai maka deraf itu akan dihantar kepada SWAM.
  • Kami akan menunggu En Zabidi dan kumpulannya menghubungi kami semula mungkin sekitar April 2010 untuk berkongsi deraf kontrak penulis skrip. Kami juga akan memberi input kami tentang pelbagai isu untuk dibawa ke pihak SWAM oleh En Zabidi dan kumpulannya.
  • En Zabidi dan kumpulannya akan menyerahkan kertas cadangan daripada Gabungan Penulis Skrip Malaysia kepada pihak SWAM.
  • Gabungan Penulis Skrip Malaysia akan melihat timbal balas SWAM kepada kertas cadangan yang diberi. Sekiranya positif alhamdulilah, sekiranya tidak maka Gabungan Penulis Skrip akan memikirkan alternatif lain pula untuk terus memperkasakan penulis skrip Malaysia.
  • Dalam pada itu saya perlu mengemailkan senarai hadirin yang hadir kepada En Zabidi untuk tindakan beliau yang seterusnya.

En Ajami Hashim pula dilantik sebagai pegawai komunikasi memandangkan beliau secara sukarela telah memulakan facebook dan blog Penulis Skrip Malaysia beberapa hari lalu. Tugas En Ajami dalam konteks pertemuan 21 Feb tersebut ialah untuk mempromosi perancangan para penulis skrip yang hadir pada 21 Feb, 2010 yang dikenali sebagai GABUNGAN PENULIS SKRIP MALAYSIA.

Facebook link - Penulis Skrip Malaysia: http://www.blogger.com/%20http://www.facebook.com/group.php?v=wall&gid=313191606710

Blog link - http://www.blogger.com/%20http://penulisskripmalaysia.blogspot.com


Semoga En Zabidi dan kumpulannya dapat melakukan sesuatu yang mampu memperkasa profesyen penulis skrip di masa hadapan. Perubahan tidak muncul sekelip mata. Tetapi perubahan akan muncul dengan semangat, usaha gigih dan pengorbanan berterusan.

Kepada para penulis skrip yang tidak dapat hadir ataupun tidak mendapat jemputan ke perjumpaan 21 Feb, 2010 sekiranya anda berminat untuk menyertai Gabungan Penulis Skrip Malaysia ini silalah menghubungi saya ejen-ejen perubahan yang telah dilantik. Juga boleh menyatakan minat anda di facebook yang tertera di atas.

Saya ingin tegaskan sekali lagi Gabungan Skrip Penulis Skrip Malaysia ini bukanlah satu gabungan formal. Ianya cumalah satu kumpulan para penulis skrip yang bersetuju untuk menggunapakai cara yang dipersetujui majoriti hadirin pada perjumpaan 21 Feb, 2010 tersebut iaitu MENYERAHKAN SATU KERTAS CADANGAN KEPADA PIHAK SWAM TENTANG PERKARA BERIKUT:

- CADANGAN KONTRAK PENULIS SKRIP
- CADANGAN PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPERJUANGKAN OLEH SWAM UNTUK MEMPERKASAKAN INDUSTRI PENULISAN SKRIP NEGARA

Semoga berhasil!

Friday, February 12, 2010

TEMPAT PERJUMPAAN BARU BAGI PERJUMPAAN PARA PENULIS SKRIP PADA 21 FEB, 2010

Berikut adalah alamat penuh lokasi baru untuk perjumpaan di atas:

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Wisma BERNAMA, No 28, Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.
Sila klik alamat di bawah untuk lihat peta:

http://www.bernama.com/aboutbernama/bi/map.htm

Sila baca blog Maizura Ederis yang juga memaklumkan hal di atas - http://tangisanbulanmadu.blogspot.com/

Thursday, February 11, 2010

Prosedur Penerbitan Drama Telefilem untuk Stesyen TV RTM - Jalan Lain Ke Madinah

Tajuk di atas adalah tajuk kepada sebuah karya ilham daripada Tuan Haji Cikgu Abu Hasan Bin Morad yang telah memenangi satu slot telefilm di RTM. Kemungkinan drama ini akan disiarkan pada bulan Ramadhan tahun ini, 2010/1431.

Saya telah ditawarkan untuk menulis skrip drama ini. Saya hendak berkongsi sedikit pengalaman dengan pihak RTM di dalam proses penerbitan drama ini untuk makluman kita semua.

1. Drama ini telah menjalani proses pitching pada Ogos 2009 dan menang.
2. Selepas menang, penerbit, pengarah dan penulis skrip dikehendaki hadir untuk mesyuarat penerbitan dengan panelis dari RTM. Saya menghadiri mesyuarat ini sebagai penulis skrip pada 4 Feb, 2010. Malangnya kami tidak menyediakan 'treatment' untuk tujuan mesyuarat. Menurut pihak penerbit mereka tidak dimaklumkan untuk menyediakan 'treatment'.
3. Kami berbincang juga mengenai drama ini dan diarahkan untuk mengemailkan treatment ke RTM pada 12 Feb, 2010.
4. Saya telah pun mengemailkan 'treatment' kepada pihak penerbit.
5. Mesyuarat penerbitan akan diadakan semula pada 18 Feb, 2010.

Saya akan maklumkan lagi perkembangan seterusnya, sekadar berkongsi pengalaman tentang proses penerbitan drama bagi stesyen RTM ok. Setiap stesyen ada praktisnya yang tersendiri.

Agenda Pertemuan Penulis Skrip 21 Feb, 2010

Setelah berbincang dengan Maizura agenda untuk pertemuan di atas dipersetujui seperti berikut:

PERJUMPAAN PARA PENULIS SKRIP21 FEBRUARI, 2010 (AHAD)3:00 - 5:00 PETANG

AGENDA:

1. LATARBELAKANG PERJUMPAAN

2. SUAIKENAL PARA HADIRIN

3. PENJELASAN RINGKAS SAUDARA EIZLAN YUSUF TENTANG PERTEMUANNYA DENGAN PRESIDEN SWAM PADA JAN, 2010

4. PERBINCANGAN UNTUK MEMILIH CARA TERBAIK BAGI MENANGANI PERMASALAHAN YANG DIHADAPI PENULIS SKRIP

5. PERLANTIKAN AGEN-AGEN PERUBAHAN

6. KETETAPAN TARIKH DAN MASA UNTUK PERKARA-PERKARA YANG BERBANGKIT SELEPAS PERTEMUAN PERTAMA INI
Tempat perjumpaan mungkin berubah dari Finas ke bilik mesyuarat yang lain. Ini kerana semua bilik mesyuarat dan kawasan perbincangan di Finas akan digunapakai sepenuhnya untuk Hari Finas yang turut berlangsung pada 21 Feb tersebut juga.

Saya akan memaklumkan tempat perjumpaan yang baru. Terimakasih.

Tuesday, February 2, 2010

Keputusan pitching bagi siaran RTM untuk tempoh Jan - Jun 2010 sudah keluar

Sila lihat http://www.moi.gov.my/pdf/keputusan_pitching.pdf untuk maklumat lanjut.

Saya pergi pitching untuk satu drama bersiri dibawah syarikat Layar Consult Sdn Bhd. Tidak berjaya. Namun saya ditawarkan untuk menulis satu telefilm yang telah berjaya di dalam 'exercise pitching' tersebut.

Kepada para penulis dan syarikat yang berjaya mendapat slot - TAHNIAH!

Posting tentang Perjumpaan Penulis Skrip 21 Feb 2010 oleh Maizura Ederis

Ada sedikit 'update' tentang perjumpaan di atas oleh Maizura diblognya:

http://tangisanbulanmadu.blogspot.com/2010/02/nasib-penulis-skrippart-6.html

Baca la ya. Terimakasih.

Drama Salina cuba tangkis propaganda perang saraf yang dibuat musuh-musuh Islam

Saya baru saja selesai membaca buku bertajuk AHLUL BAIT (Keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu. Malam tadi tidur hampir pukul 3 pagi menghabiskan buku ini. Kesimpulannya - buku ini best!

Di susun oleh (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman (Anak kepada penyanyi M. Osman, adik beradik kepada Aziz M.Osman & Zulkifli Osman) dan suaminya Hj Muzaffar Dato' Hj Mohamad. Kedua-dua suami isteri ini pun berketurunan ahlul bait.

Banyak perkara yang sebelumnya saya kurang faham saya sudah faham selepas membaca buku ini terutamanya mengenai institusi DiRaja Melayu kita.

Pada mukasurat 449 buku tersebut ada perenggan yang tertulis:

'Teramat malang sekiranya kita terus terpedaya dengan dakwaan bahawa bangsa kita (Melayu) lemah, tiada daya juang, tiada keyakinan diri dan mudah dijual beli. Jika kita percaya pada propaganda 'perang saraf' yang dibuat oleh musuh-musuh Islam ini, maka umpamanya kita sudah kalah sebelum berjuang kerana tanpa kita sedar, kita sendiri akan merealisasikan andaian tersebuit (self-fulfilled prophecy), dan inilah sebenarnya yang telah berlaku pada bangsa kita!!!'

Saya baca perenggan tersebut teringat saya akan iltizam saya untuk menangkis kata-kata dan persepsi negatif terhadap bangsa Melayu dalam drama Salina melalui watak hero KAMAL.

Kamal telah saya beri dialog-dialog yang menolak kepada tanggapan orang Melayu ini malas, tidak pandai berniaga, suka dibantu dan sebagainya. Kamal telah saya beri perwatakan seorang lelaki melayu muda dari keluarga susah yang berusaha keras untuk berjaya di dalam bidang perniagaan.

Dalam satu adegan Kamal bertengkar dengan keluarga bapak mertuanya mempertahankan yang bangsa Melayu bukannya tidak boleh berjaya dan berdikari sambil mengambil contoh kehebatan empayar-empayar Melayu di seluruh pelusuk alam Melayu seperti empayar Kesultanan Acheh, Minangkabau, Melaka dan banyak lagi. Nenek Salina ( watak heroin drama) menyokong Kamal.

Ya bangsa Melayu sangat terpilih. Proses pengislaman beberapa raja Melayu seperti Merah Silu, Raja Pasai pada sekitar abad ke 13 Masihi (kemudiannya bergelar Sultan Malikus Saleh)dan Raja Melaka yang bergelar Raja Kecil Besar sekitar awal abad ke 15 (kemudian bergelar Sultan Muhammad Syah) dilakukan sendiri oleh keturunan Rasulullah s.a.w.

Keturunan Rasulullah s.a.w yang dikenali dengan nama ahlul bait datang sendiri dari Mekah ke tanah Melayu untuk mengislamkan raja-raja Melayu mengikut saranan Rasullullah s.a.w sendiri yang pernah bersabda kepada para sahabatnya seperti berikut (seperti yang tercatit di dalam Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang):

' Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri dibawah angin, Samudera namanya, maka apabila kamu mendengar khabarnya negeri Samudera itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Samudera masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi....'

Ahlul bait sendiri datang mengislamkan raja-raja di alam Melayu. Pengislaman raja-raja ini diikuti oleh rakya jelata, dan bersinarlah nur islam di seluruh nusantara. Kerajaan-kerajaan Melayu Islam mendapat didikan dan tunjuk-ajar di dalam hal ehwal pentadbiran negara, agama, sosial dan sebagainya terus dari gologang ahlul bait yang tinggal di alam melayu ini. Bersemarak dan agunglah kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini sehingga menjadi pusat pentadbiran dan ekonomi yang disegani dunia.

Itulah kemakmuran dan kehebatan kerajaan-kerajaan Melayu Islam dahulu yang agung kerana berpegang kepada ajaran agama Islam. Itulah keagungan bangsa Melayu ku dahulu. Datang bangsa-bangsa Eropah segala keagungan peribadi dan jati diri bangsa Melayu dinafikan dengan propanganda-propaganda negatif. Malangnya ramai antara bangsa Melayu sendiri yang percaya dengan propaganda-propaganda ini. Dan tidak segan silu mengaku kepada sesiapa pun yang 'kami bangsa Melayu memang malas....'

Tidak, saya tidak malas, saya berdikari, saya baik hati, bertolak ansur namun saya bersiap sedia untuk berjuang dan bekerja keras. Saya juga cerdik dan cekap dalam pelbagai benda. Saya Nor Faznita Bt Md Nor berbangsa Melayu dan saya bangga dengannya!

Untuk makluman Drama Salina merupakan skrip drama pertama saya. Di tayangkan di TV3 slot identiti pada tahun 2005. Di buat musim kedua 'Salina 2' di tayangkan di slot identiti pada 2006.

Can you even blogs with your own leader?

I visit chedet blog : http://chedet.co.cc/chedetblog/ almost everyday. I just read one of the comments on the article Chinese Mathematics 2 written by Tun.

I quote the comment ' You guys are so manja with Tun asking for contacts, all that, yet Tun reply. Where on earth you can get this leader. Those who cursed him, think wisely. Can you even blogs with your own leader.'

Yeah i wonder how many of the people around the world can so openly communicate with their leaders? With Tun we not only communicate, we can asks for contact, favour etc, some even wrote him incredibly nasty comments and still he published it.

An awesome leader Tun is...