Sunday, January 31, 2010

GEORGIAN 88' reunion

VENI, VIDI, VICI

After 20 years i left school i finally met some of my ex-schoolmates at our Georgian 88' school reunion held at J.W Marriot Putrajaya on 17 Jan, 2010.

What a reunion indeed! Me and my husband, Ashik had a fantastic, super terrific time at the reunion!!! For your information my husband and i were classmates for 3 years - from form 3 to form 5 . We had some of the greatest time of our lives back in our great school the KING GEORGE V (KGV), Seremban, Negeri Sembilan.

In preparation to snap our Georgian 88' photo. A chaotic exercise indeed..


Kamarulzaman Lokeman our classmate of 4science 3 & 5science3 made an announcement in fb that he will pay for a hi-tea Georgian 88' gathering at J.W Marriot (he must be doing really great in the money territory to make this kind of offer huh) and participation came pouring in. Names of ex-schoolmates that we haven't heard of since the past 20 years also pop up.

It was exciting to see the names of the people that we'll be meeting. I was excited to meet up with 2 ex-schoolmates in particular - Rozana Abdul Zainal and Azizah Adnan. I haven't met them since we finished form 5!

The day of the reunion came. Our ex-classmate, Bahrain who is also my kampung buddy friend spend the night at home. He came all the way from Padang Besar for this reunion. He's a sergeant in the army force now. We travelled to J.W Marriot in a car with Duke (Ashik's close friend since school), Sazali (also Ashik's close buddy since school) and Bahrain. It was laughter all the way in the car. Those guys cracked the funniest jokes ever!!! The memories of school time so near to heart now.



5science 3, Georgian class of 88' - I would never ask for a different classmates. Kamarulzaman the sponsor is at the extreme left of the first row (he's holding a roll of paper) Bahrain is in the red shirt, standing at the last row.



The guys of Georgian class of 88'. Many of them created all sorts of problems at school! My other half included.


We reached J.W Marriot with Jim an ex-classmate waiting for us at the lobby. So all 6 of us walked into the dining hall, everybody was already there eating and chatting rather civilisedly. And as soon we came closed, some friends walked towards us and we start hugging each other! The guys hugged the guys and the girls hugged the girls ya. I was frantic to see Azizah and Rozana.


Standing from left, Azizah, Shafini, me, Amelia. Sitting from left, Jameah & Rozana.


After a while we settled down and start eating. Bahrain was the star of the day. He brightens up the gathering with his frank and kampung outspokenness attitude. It was like school days again! Ashik was having a ball mingling with his friends, so do i!!!






Ashik with the gals of 5 Science 3, me, Norashikin, Rozana & Isma



The dialogues is the courtesy of surprisingly creative ex-schoolmate of ours - Tan Ying Jau a former 5 science 1 student. (Science 1 student are not meant to be creative or funny, you know)





The guys lepaking together, just like school time. Only now they can openly smoke..err actually some of them did openly smoke in school, some in front of the teachers some more! Thugs wannabe but turn out to be good people after all...

After a while i can feel my jaw hurting for laughing so hard and for smiling non-stop. Everybody was talking and asking things about everybody else and i can't remember what was the answers for all those questions were. It was because before a proper answer is being made for a particular question, already some other people is asking you about another one. That's why we must meet more often guys, that way we wouldn't be asking so much questions about each other.

Faces changes, body figures changes, some are with less or without hair. We have change a lot yes but the time we spend together in school can never be changed. It will forever remain fix in our life history. Whether we like it or not we once walked the same path.


I was proud to know that many of our schoolmates are doing very well in life. Some make tons of money some maybe not so much, but everybody is happy with their lives. I'm happy to see them again!

Saying goodbye...sob..sob




Thank you Kamarulzaman for paying for the hi-tea, thank you everybody for attending, thank you to all the husbands, wives and children for letting their spouse, parent (in my case parents) attend the reunion. We sure did had a blast! Hope to see you all again!

WE GEORGIANS FAITHFULLY SHALL SERVE OUR KING AND COUNTRY TILL ETERNITY!

Saturday, January 30, 2010

Nor Faznita Md Nor out of Facebook, Hessa Creative House Sdn Bhd is in!

Hello all,

I opened a facebook account under my personal name back in Nov, 2009. In Jan 2010 i closed it! I've a total of 133 friends at the date of closing...emmm no very popular ho?

Several friends ask why i closed my fb account, one translated fb in malay - buku muka..'why you closed ur buku muka muka ita??'

I have few reasons for doing so.

1. I wanted to open one for Hessa Creative House Sdn Bhd. Having 2 account will be too time consuming.

2. An outburst of my friend husband on fb is also one of the reason for doing so. My friend took a photo with her male ex-schoolmate during a school reunion recently. The photo was up in fb. Her husband saw it. The manner of the photo was not to the liking of her husband. He erupted in fb, posting several comments that was very disturbing indeed. I don't totally blame her husband for doing so, i also don't totally blame my friend for the photo nevertheless it became a major issue in their household and its being shared with everybody within their circle of friends in fb!

Another friend of mine also shared his fellow worker bad experience in relations to fb. His fellow worker and her husband divorced because of some photo posted on fb.

3. I also find fb very absorbing. We made comments, people commented back, we comments to the comments made, they commented again, we do this a couple of time and suddenly its already 3 hours spend on fb! Not forgetting the time spend on chats, and inbox messages! Lucky i never play any game there.

4. Also fb can be a popularity contest. Who has the most comments on their photos or posts , who has more friends, who has the most best friend request, hearts etc...its endless...we can get lost along the way.

5. Nevertheless because of fb we managed to organize our wonderful school reunion on the 17 of Jan, 2010 that was held at the J.W Marriot Putrajaya, Selangor. Some ex-schoolmates communicated in fb, triggered the reunion. Otherwise god knows when we will meet again.

I'm giving Hessa Creative House Sdn Bhd a try on fb...do visit the page ok!

Sejarah Penubuhan Hessa Creative House Sdn Bhd




Hessa Creative House Sdn Bhd di tubuhkan pada 7 November, 2008 di miliki bersama oleh pasangan suami isteri Nor Faznita Bt Md Nor dan Mohd Ashik Bin Abdul Rahman. Nama Hessa adalah sempena nama anak perempuan sulung pasangan ini iaitu Nur Aminah Hessa.

Nur Aminah Hessa suka makan lolipop



Nor Faznita seorang penulis skrip bebas telah menjalani proses 'pitching' di TV3 pada May 2008. Antara drama yang di'pitch' adalah drama 'Tak Serupa Tapi Sama'. Tidak lama kemudian Nor Faznita telah mendapat tawaran dari TV3 untuk menerbitkan sendiri drama 'Tak Serupa Tapi Sama'.

Nor Faznita dan Mohd Ashik

Drama 'Tak Serupa Tapi Sama' yang merupakan drama pertama terbitan Hessa Creative House Sdn Bhd telah ditayangkan di TV3 untuk slot cerekerama sempena Maal Hijrah tahun 2008/1429.

Wednesday, January 27, 2010

Perjumpaan penulis-penulis skrip 21 Feb, 2010

Assalamualaikum semua,

Satu perkembangan yang menarik sedang berkembang....

Sofia Aliza seorang penulis skrip prolifik dan dikenali ramai baru-baru ini telah menghantar satu email kepada rakan-rakan penulis (termasuk saya) melalui email facebook. Sofia meluahkan rasa amarahnya kepada seorang produser yang telah melayannya dengan buruk. Dari luahan Sofia itu tercetuslah banyak balasan di antara penerima-penerima email tersebut. Pelbagai cadangan untuk mengubah nasib penulis skrip yang selalu tertindas turut dikemukakan.

Saya berseloka mengeluarkan cadangan agar kami mengambil alih tampuk kepimpinan SWAM (ala-ala apa yang cuba dilakukan oleh pengarah terkenal Mamat Khalid di FDAM dan Salim Harun Bachik yang telah berjaya mengambil alih kepimpinan SENIMAN). Seloka saya itu mendapat sokongan!

Saudara Eizlan Yusuf mengambil serius seloka saya dan meluahkan ketidaksetujuan beliau dengan cadangan seloka saya itu. Saya pun membalas kepada beliau menjelaskan apa yang saya maksudkan. Saudara Eizlan kemudiannya menawarkan dirinya untuk bersemuka dengan presiden SWAM bagi meluahkan ketidakpuasan hati para penulis skrip dengan prestasi SWAM.

Tidak lama selepas itu saudara Eizlan memaklumkan kami semua di email hasil perbincangan beliau. Saya petik dari blog Maizura Ederis kata-kata saudara Eizlan seperti berikut:

“... berkesempatan berjumpa dengan en ismail semlm petang dan telah menyampaikan hasrat anda semua tanpa saya menyebut nama sesiapa yg ada di thread ini... beliau mengalu alukan sebarang komen dan bersedia untuk mengadakan perjumpaan pada bila2 masa dan tempat bagi menguraikan kekusutan dan persoalan yg masih belum terurai... katanya, beliau telah menjalankan tugas sebagai peneraju tetapi mungkin apa yg telah beliau lakukan, masih tidak cukup untuk memenuhi kehendak semua pihak dan mungkin jugak ada persoalan yg beliau terlepas pandang, beliau juga mengalu alukan kepada sesiapa juga yg mahu tempat beliau asalkan bakal, mampu untuk melaksanakan tugas demi untuk kebaikan SWAM...
Akan tetapi ada syaratnya : “…. hanya PENULIS YANG BERDAFTAR DENGAN SWAM SAHAJA YANG LAYAK UNTUK BERCAKAP DAN BERBINCANG DENGANNYA.


Mendapat timbal balas dari saudara Eizlan saya pun mengeluarkan cadangan agar satu pertemuan di adakan dengan para penulis skrip samada yang berdaftar dengan SWAM ataupun tidak. Pertemuan tersebut antara lain bagi membincangkan perkara berikut:

1. Berapa ramai penulis ahli SWAM yang bersetuju hendak berjumpa dan berbincang dengan pengerusinya?
2. Berapa ramai penulis bukan ahli SWAM yang berminat hendak 'berkenalan' dengan pengerusinya? (Golongan ini perlu mendaftar sebagai ahli SWAM terlebih dahulu)
3. Sekiranya, majoriti BERSETUJU berjumpa pengerusi SWAM, apakah topik atau isu utama yang akan disampaikan kepada pengerusi kelak? Siapa yang layak menjadi jurucakap? Dan bila ia akan diadakan?
4. Sekiranya majoriti TIDAK BERSETUJU berjumpa pengerusi SWAM, apakah ada cara lain yang lebih bernas untuk menyelesaikan isu berkaitan kebajikan penulis skrip di dalam industri ini?

Saya tabik kepada Maizura Ederis seorang lagi penulis skrip prolifik berbakat tinggi yang namanya semakin harum di persada penulisan skrip tanahair. Maizura lah yang bersungguh-sungguh menyahut cadangan saya. Kami berbincang dan akhirnya menetapkan seperti berikut:

Berikut adalah cadangan tarikh dan tempat pertemuan para penulis skrip :
TARIKH : 21 FEBRUARI 2010 (AHAD)
MASA : 3 PETANG
TEMPAT : FINAS, HULU KLANG, KUALA LUMPUR.
KEHADIRAN : AHLI SWAM/BUKAN AHLI SWAM/PENULIS SKRIP BEBAS/PENULIS SKRIP RESIDEN (IN-HOUSE).
SYARAT : SEMUA PENULIS MESTI LAH PERNAH MENGHASILKAN KARYA DI KACA TV, SEKURANG-KURANGNYA SEBUAH KARYA, TIDAK KIRA SAMADA SKRIP DRAMA TV, DOKUMENTARI, MAJALAH, BUAL BICARA, PROGRAM REALITI, GAME SHOW DAN SEBAGAINYA.

Maizura kemudiannya sanggup menjadi pegawai publisiti bagi pertemuan ini dengan memaklumkan para penulis melalui blognya seperti berikut:

'Sehubungan itu, saya berharap agar para penulis skrip di luar sana dapat memberi maklumbalas samada mahu hadir atau tidak ke perjumpaan pada 21 Februari 2010, paling lewat sebelum Tahun Baru Cina iaitu 14 Februari 2010.
Pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui blog ini, facebook atau SMS kepada nombor 017-349 2227.'


Terimakasih Maizura! Usaha anda akan mendapat balasan Allah s.w.t hendaknya. Begitu juga rakan-rakan penulis lan yang turut berusaha bagi menjayakan pertemuan ini seperti Sofia, Zaini Kosnin dan ramai lagi.

Di sini saya mengalu-alukan mana-mana penulis skrip untuk menghubungi nombor yang disisipkan Maizura bagi mengesahkan kehadiran anda untuk pertemuan itu nanti. Setakat ini kami rakan-rakan penulis yang sama-sama menggerakkan pertemuan ini telah berjaya menjemput hampir 45 orang para penulis, termasuk yang otai-otai untuk pertemuan ini.

Beberapa hari lalu pula saya mendapat sms dari Maizura. Ada seorang hamba Allah telah memaklumkan bahawa usaha pertemuan yang sedang kami usahakan ini dipandang buruk oleh pihak-pihak tertentu. Kami dikatakan cuba memecahbelahkan para penulis. Saya ambil positif sahaja akan maklumat ini. Sekurang-kurangnya kami semua tahu yang ada yang tidak suka akan usaha kami. Tetapi saya ingin menjelaskan bahawa tiada ada apa pun agenda atau niat buruk yang terselit dalam pertemuan yang kami usahakan.

Semua tahu para penulis skrip di Malaysia menghadapi banyak masalah. Ini dijelaskan dengan baik oleh Maizura dan beberapa penulis otai melalui blog mereka. Oleh itu pertemuan ini diharapkan menjadi pencetus bagi menyelesaikan sedikit sebanyak masalah-masalah yang dihadapi oleh para penulis. Jika tidak pun sekurang-kurangnya pertemuan ini menjadi platform bagi kami para penulis skrip berkenal-kenalan sesama sendiri. Bukan senang nak bertemu dengan para penulis skrip!

Saya berdoa usaha kami ini diberkati Allah s.w.t. Semoga ramai yang datang pada pertemuan itu nanti dan menghasilkan sesuatu yang membawa kebaikan kepada kami para penulis skrip di Malaysia.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang pertemuan ini dan permasalahan yang melanda dunia penulisan skrip Malaysia sila lawat blog Maizura Ederis dan para penulis skrip otai seperti berikut:

http://www.mazelanmanan.blogspot.com/
http://rusliesophian.com/