Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions. Enjoy.....

Monday, July 26, 2010

OLD TOWN WHITE COFFEE TAK HALAL




Artikel dibawah di ambil dari MyKMU.Net - http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=9997




Makanan di Old Town White Coffee tidak halal!!!

Posted on Monday, July 26 @ 11:55:07 MYT Topic: Blog dan Portal

Assalamualaikum pembaca2 sekalian,Kini sudah jelas terpampang di dada media massa bahawa Old Town White Coffee Kopitiam tidak mempunyai sijil halal.Telah jelas juga dihebohkan bahawa hanya 2 kopitiam yang mempunyai sijil halal iaitu Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd. dan Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. Maklumat ini akan diperolehi sekiranya kopitiam dicari di direktori halal.Walaupun demikian, logo halal masih digunakan oleh Old Town White Coffee Kopitiam. Ini menyebabkan kekeliruan di pihak pengguna. Jadi, bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?

Carian di direktori halal JAKIM memang tidak akan memaparkan Old Town White Coffee Kopitiam sebagai halal. Walaubagaimanapun, Old Town White Coffee Kopitiam didaftarkan di bawah syarikat White Cafe Sdn. Bhd.Jika carian dilakukan, keputusan berikut akan diperolehi:
(klik untuk gambar penuh)Old Town White Coffee ada dalam senarai halal JAKIM. Jadi, apakah yang digembar-gemburkan sekarang ini yang Old Town White Coffee Kopitiam tidak halal?

Sebenarnya, senarai tadi tidak lengkap kerana tidak menyenaraikan secara penuh produk2 yang halal.Jika diteliti sijil halal yang didapati di website Old Town White Coffee sini, produk2 yang disenaraikan sebagai halal terdiri daripada sebahagian minuman yang disajikan di Old Town White Coffee Kopitiam.Sijil tersebut boleh dilihat di website itu di tab "Our BUSINESS" di bahagian "Our Laurels". Ini adalah gambarnya:
(klik untuk gambar penuh)






Daripada maklumat ini, logo halal JAKIM yang digunakan pada iklan2nya adalah bersandarkan kepada sijil ini.Sebagai pengguna muslim, perkara ini boleh dilihat sebagai satu helah untuk menarik pelanggan2 yang beragama islam menjamu selera di restoran berkenaan. Lantaran itu, kita seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih tempat menjamu selera.

Kesimpulannya, Old Town White Coffee Kopitiam hanya mempunyai sijil halal untuk minuman sahaja. Pengguna2 muslim seharusnya memilih tempat yang lebih sesuai iaitu restoran2 yang mempunyai sijil halal untuk semua minuman dan makanan yang disajikan.Sentiasa mencari yang halal,Jurnal Halal http://www.theunspinners.blogspot.com/

7 comments:

rusliesophian said...

Helah mereka dalam menarik pelanggan Islam memang cekap. Sehinggakan kita terasa kopitiam ini milik Muslim. Maka kopitiam ini tumbuh bagai cendawan berhampiran kawasan majoriti orang kita. Ini membuatkan setiap malam dipenuhi oleh bangsa kita. Tapi buat pertama kali saya makan mee kari, bila bibir mula terasa gatal, saya mula meraguinya dan langsung tidak pergi lagi.

Nor Faznita Bt Md Nor said...

Abg Ruslie beruntung, makan sekali mee terus ditimbulkan rasa curiga dihati dan tak pergi makan lagi.

Di Sban ni ada koptiam White Coffee, ramai betul orang islam makan disana. Rasa terkilan betul la.

rusliesophian said...

Salaam Nor,
Saya rasa sedih dan amat terkilan kat KL ni kopitiam White Coffee ni jadi tempat lepak artis2 kita.

Ada beberapa produser Melayu pun nak jumpa saya, sinilah tempat yang mereka minta saya datang. Ditegur salah, tak tegur salah. Kerana nakkan job, kita terpaksa diam aje. Bila dia suruh saya order minuman, pura-pura bagi alasan baru sudah minum tadi.

Nor Faznita Bt Md Nor said...

Abang Ruslie,

Maybe ramai yang tak tahu kopitiam kat msia ni cuma 2 je yang halal. Faz kalau Faz kenal sapa yang makan kat sana Faz akan cakap tempat tu tak halal, tapi kalau tak kenal tu setakat ni pandang je. Ada juga rasa macam nak bagi flyers kat diaorang, bagi tau yang kopitiam tu tak halal.

Apa-apa pun kita war-warkan la setakat mana yang mampu yang kopitiam tu tak halal.

joven said...

beautiful blog..pls visit mine and be a follower.. thanks and God bless..

http://forlots.blogspot.com/

umihoney said...

Terima kasih berkongsi maklumat. Umi jarang makan atau minum diluar. Tapi info ini berguna kalau teragak nak keluarlah.. hehe.

Have a good week ahead.

Nor Faznita Bt Md Nor said...

Umi,

Terimakasih melawat blog saya. Blog Umi sedap, byk gambar makanan. Hehe.

Harap Umi dapat war-warkan pada kenalan Umi yang kopitiam di Msia ni cuma 2 saja yang betul-betul halal. Kesian tgk org Islam makan nasi lemak di kopitiam. Ayam tu mungkin tidak disembelih pun.