Sunday, April 5, 2009

Hessa already 1 year 4 months

Its been a long time since i writen about Hessa. She growing up fast. Now can utter many words already. Her favourite being 'apa tu?'. She's okay la. Quite easy to manage, listens to people, loves eating...amongst her favorite area at home is her food station.


I placed all her biscuits and food stuff on top of a cabinet. She's is a frequent visitor of the area. Pointing to all the food and says 'nak'. So we will take out a biscuit or other food and gives her. She will be happily walking away of the area with her food, finishing it up and go again to the area to ask for another.


I am happy with her development thus far. Can't wait to see her reactions towards her baby sister. I will be tentatively giving birth to my second daughter in July 15, 2009.



Here are some recent photos of Hessa. She is a big girl already la...















Bengkel Penerbitan Dokumentari FINAS

Saya telah menyertai Bengkel Penerbitan Dokumentari Finas pada 23 Mac - 30 Mac, 2009. Sejumlah 30 peserta menyertai bengkel ni. Memang ramai. Untuk sesuatu bengkel idealnya peserta tidak melebih 15 orang. Dah ramai peserta jadi macam-macam la perangai. Ramai betul watak-watak luarbiasa dan kelakar yang saya jumpa sepanjang kursus ini. Dari tenaga pengajarnya, kakitangan Finas hinggalah kepada para peserta semua.



Foto ahli kumpulan saya tengah shooting.


Saya enjoy berkenalan dengan mereka semua sepanjang kursus ini. Tenaga pengajar En Zaki dengan Ayahanda Ibrahim memang kelakar, tetapi tetap effektif sebagai pensyarah. En Zaki pula ayah beliau meninggal dunia pada hari keempat kursus. Oleh itu Kursus terpaksa diganti pada hari lain pula.





Foto kami baru sampai di Paya Indah Wetlands







Rumah Melayu yang terdapat di Paya Indah Wetlands. Kawasan ni memang cantik!




Kita berhenti makan dulu!


Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Maisng-masing kena hasilkan dokumentari 15 minit dalam tempoh 3 hari. Berpeluh tu! Alhamdullilah kedua-dua kumpulan berjaya hasilkan dokumentari masing-masing. Kami kena buat dokumentari berlatarbelakangkan Paya Indah Wetlands.


Saya belajar banyak juga dari bengkel ini. Kini keyakinan saya untuk menerbitkan dokumentari bertambah la sikit. Kira berbaloi la saya menyertai bengkel ni walaupun penat apatah lagi saya tengah sarat mengandung ni.

Kita dapat PM baru! Tun Mahahir pun masuk UMNO balik


Sambutan Malaysia di atas perlantikan PM baru kita saya anggap sederhana sahaja. Pemergian PM sebelumnya juga tidak di ambil pot sangat oleh rakyat. Ramai yang lega kot akhirnya beralih kuasa. Namun ramai juga yang berhati-hati untuk terlebih suka dengan perlantikan PM baru ini. Ya lah dulu gembira sangat dapat PM baru tapi akhirnya mengecewakan. Jadi dengan PM yang ke 6 ni rakyat mahu tengok dahulu, kalau boleh diharapkan barulah dijulang.

Tun Mahathir pula lekas menunjukkan 'endorsement' terhadap PM baru ini. Terus beliau menghantar borang untuk masuk UMNO semula. Saya rasa tentu PM lama terasa kesadisan yang amat sangat dengan tindakan Tun Mahathir. Tapi itu semua tak relevan lah pada saya kan.. yang saya doakan Malaysia pulih dan semakin sejahtera dibawah PM yang ke 6 ini.

Saya mengambil kata-kata En Kadir Jasin - yang dipilih menjadi pemimpin kamu, bukannya anak isteri kamu, menantu, sanak saudara, cucu cicit. Jadi janganlah bagi suku sakat kamu yang terlebih sudu dari kuah dalam pemerintahan negara. Haru biru jadinya! Dah terbukti pun sebelum ni, kerajaan haru biru sebab menantu.

Semoga PM ke 6 kita ditunjukkan jalan yang lurus lagi benar oleh Allah s.w.t. Amin.

Macam-macam ada 4

Akhirnya sah pesalah politik wang diangkat menjadi ketua pemuda UMNO. Takziah kepada UMNO amnya dan Pemuda UMNO khususnya kerana memilih perasuah sebagai ketua. Semoga rakyat Malaysia tidak terpengaruh untuk turut memilih perasuah sebagai ketua-ketua mereka di dalam apa sekali bidang yang mereka ceburi. Biarlah Pemuda UMNO dengan kejahilan mereka.

Apa-apa pun ketua mereka tidak semestinya menjadi ketua kita. Biarlah ketua mereka mengetuai mereka sahaja. Kita jauhkan diri dari diketuai perasuah ok!

Selamat Malaysia!