Tuesday, March 17, 2009

Macam-macam ada 3

Akhirnya sah Ketua Menteri Melaka di dapati bersalah atas tuduhan rasuah politik wang dan tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Juga sah calon ketua pemuda UMNO seperti gambar di atas juga di dapati bersalah. Sudah beberapa hari khabar-khabar angin tentang keputusan di atas kedengaran. Ada juga tepatnya khabar-khabar angin yang kita dengar ya. Walaupun tak la 100% tepat, misalnya diberitakan pemuda dalam gambar di atas akan dikenakan hukuman yang lebih keras tetapi hanya diberikan amaran. Saya ada beberapa komen di dalam hal ini:

1. Ketua Menteri Melaka meminta maaf hari ini (keluar dalam suratkhabar). Saya ingat beliau mintak maaf kerana terlibat dalam rasuah politik wang. Tidak rupanya. Rupanya beliau minta maaf kerana tidak dapat meneruskan hasrat penyokongnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Emm, agak ajaib...bukankah beliau harus terlebih dahulu menyatakan kekesalannya kerana mengamalkan rasuah politik wang?? Satu amalan yang kotor dan menjadi kudis paling busuk dalam UMNO sekarang?

2. Ketua Menteri Melaka akan merayu untuk dibenarkan bertanding. 150 penyokongnya telah berjumpa dengan Perdana Menteri untuk meminta pertimbangan PM agar membenarkan beliau terus bertanding. Errr??? Masih nak mintak pemimpin yang didapati bersalah mengamalkan rasuah terus memimpin??? Malah di peringkat yang lebih tinggi lagi?? Errr??? Nak lagi ke dipimpin pengamal rasuah??? (Ini bukan saya yang kata, Lembaga Displin Umno sendiri yang sahkan beliau mengamalkan politik rasuah!)

3. Ketua Menteri Melaka terus dibenarkan menjadi Ketua Menteri. Ini pun ajaib juga. Bagaimana UMNO boleh membenarkan pemimpin yang bersalah dalam satu kesalahan moral dan etika yang besar terus menjadi Ketua Menteri?? Bagaimana beliau nak suruh anak-anak buahnya khususnya ahli UMNO Melaka untuk menjauhkan rasuah politik wang dan berbagai kesalahan moral dan etika yang lain sedangkan beliau sendiri melakukan kesalahan moral yang besar??

4. Pemuda di dalam gambar yang di atas dilaporkan menyatakan yang beliau tidak bersalah tetapi akur dengan keputusan Lembaga Displin UMNO. Beliau juga menyatakan ini semua kerja pihak yang mahu menyekat pencalonannya. Beliau akan terus bertanding jawatan Ketua Pemuda. Emmm....satu lagi benda yang ajaib dalam UMNO. Macamana seorang calon yang di dapati bersalah terus bertanding?? Bukankah ini boleh ditafsir yang UMNO tidak kisah calon pemimpin atasannya pengamal politik yang kotor?

5. Apabila keluar dari mulut-mulut ahli politik dan penyokong mereka bahawa tindakan tatatertib yang dikenakan keatas ahli politik tersebut adalah atas usaha pihak-pihak lain untuk menjatuhkan mereka dan menyekat kemaraan mereka di dalam UMNO terus kita sekali lagi dimuakan dengan teori konspirasi politik. Samada mereka bersalah atau tidak, tidak penting! Yang disemai di dalam kepala otak rakyat adalah mereka dianiya! Rakyat pula akan terkeliru dengan semaian teori konspirasi sebegini dan turut lupa akan kesalahan yang di lakukan oleh ahli politik tersebut dan jatuh kesian pula dengan kenyataan mereka yang mereka dianiya sebenarnya.

6. Saya rasa cukup-cukuplah dengan teori konspirasi ini. Kalau betul rasa diri dikonspirasi lawan lah keputusan Lembaga Displin tersebut. Balik la ke isu utama - adakah anda mengamalkan politik rasuah atau tidak??? Jika tidak dan ada orang hendak menganiya anda lawan lah . Jika iya anda merasuah, apa konspirasinya?? Dah betul anda buat mestilah orang ambik tindakan ke atas anda. Tak kan lah orang lapor benda tak baik yang anda buat pun salah juga...aiyoooooo

7. Lembaga Displin UMNO memberi analogi sebegini tetang hukuman berbeza yang dijatuhkan ke atas dua ahli politik di atas - Ketua Menteri Melaka membunuh dengan banyak tikaman, pemuda di dalam gambar yang di atas membunuh dengan sekali tikaman sahaja, jadi hukuman ringan sedikit. Mungkin betul juga, neraka pun ada tujuh jenis untuk membezakan tahap-tahap kejahatan yang dilakukan oleh manusia. Tetapi persoalannya sekarang adakah pembunuh tahap rendah (hanya menikam sekali) boleh kita lepaskan masuk ke masyarakat semula?? Pembunuh tidak kira tahap apa pun tetap patut dihumban ke penjara. Adakah UMNO mahu menyatakan yang pengamal politik kotor tahap rendah tidak mengapa masih boleh diangkat menjadi pemimpin. Hanya pengamal politik kotor tahap kronik yang tidak boleh bertanding?? Jadi rumusannya tidak mengapa mengamalkan politik kotor, jangan buat lebih-lebih sangat sudahlah...he..he..

8. Barang perlu diingat, pemimpin dalam UMNO secara langsung juga pemimpin rakyat Malaysia kerana UMNO tunjang kepimpinan politik dan pentadbiran negara. Apakah kita mahu menyerapkan pemikiran bahawa tidak mengapa mengangkat pemimpin yang mempunyai isu moral di kalangan rakyat??? Kalau begitu sama saja UMNO dengan parti-parti politik yang lain yang terdapat pemimpin di kalangan mereka yang mempunyai isu moral yang serius. Jadi pi mai, pi mai tang tu la chek oiii...dua-dua sama tapi tak serupa (he..he macam tajuk telemovie saya)

9. Sepatutnya ahli politik yang sudah didapati bersalah insaf dan bertindak matang menarik diri dari bertanding mana-mana jawatan di dalam UMNO, malahan patut pergi lebih jauh lagi iaitu meninggalkan jawatan di dalam UMNO. Tetapi kita lihat setelah UMNO dikecam teruk dan ditolak oleh ramai rakyat masih juga ahli-ahlinya mementingkan tekak masing-masing dengan terus berlumba untuk jawatan. Usaha sebilangan ahli UMNO untuk membersihkan UMNO seolah tidak dipedulikan oleh ahli mereka sendiri kerana terus mendesak pucuk pimpinan membenarkan pengamal politik kotor di kalangan mereka terus memegang jawatan dalam UMNO.

10. Kalau lah pengamal politik kotor di dalam UMNO yang UMNO sendiri telah sahkan mereka kotor menang dalam pertandingan jawatan mereka, maka sahlah UMNO memang sudah terlalu korup. Mereka sendiri tidak peduli kualiti pemimpin mereka.

11. Ada banyak pujian yang dilemparkan kepada Ketua Menteri Melaka. Beliau seorang yang mesra rakyat, Melaka pun telah banyak berubah di bawah pemerintahan beliau. Saya sendiri kagum dengan Melaka. Sungai Melaka sekarang memang menakjubkan! Cantik! Namun seperti yang saya tulis di dahulu, pemimpin mesti baik dalam kedua-dua hal - moral dan pengurusannya. Malang sekali Ketua Menteri Melaka kalah dalam isu moral kali ini.

12. Kita tunggu apa keputusan PM, terima rayuan Ketua Menteri Melaka dan penyokongnya dan membenarkan Ketua Menteri tersebut bertanding semula??

13. Apakah pemuda di dalam gambar yang di atas akan terus bertanding jawatan Ketua Pemuda dan menang pula???? Kalau menang ho..ho..ho..pemuda Malaysia akan berketuakan pengamal politik rasuah (Err sekali lagi saya nak tekankan bukan saya yang kata, Lembaga Displin Umno sendiri yang sahkan...). Macamana rasa yek berketuakan perasuah?? Rasa apa, rasa kenyanglah....ho..ho..ho..
14. Jangan sampai usaha untuk membersihkan parti menjadikan parti lebih gobrok cukuplah UMNO oii...
15. Apa-apa pun saya tabik kerana UMNO sanggup mengambil tindakan drastik untuk tujuan membersihkan parti (harap memang ini lah tujuannya). Walaupun ramai yang kata tak cukup lagi , masih banyak yang perlu dibuat. Errr...parti-parti politik lain bila lagi???
Sejahtera Malaysia!!

Saturday, March 14, 2009

Kelahiran Yang Teristimewa

I saw the promo on Kelahiran Yang Teristimewa on TV3 couple of days ago. The telemovie will be aired again for 5 years consecutive since 2005 for Maulidur Rasul. This year it was aired again on 13the March, 2009 at 1:30 p.m.

I am happy to see the telemovie being aired again year after year. This telemovie i especially wrote for Maulidur Rasul event and excitingly it had fulfilled it purposes till to date. Who knows maybe next year TV3 will air Kelahiran Yang Teristimewa again during Maulidur Rasul.

As a writer this is the biggest achievement of all - to see the piece that you wrote being shown over and over again to the masses especially when the piece written is meant to bring about positive points and ideas as Kelahiran Yang Teristimewa was meant to be.

But of course if i were to get paid every time the telemovie went on air it is even better! Ho..ho...(i also need money maa!) But this never happen in the Malaysian broadcasting scenario. As writer or producer you only get paid once. Even if your production got to be on air for the millions of time you won't get anything. Producers however get better deal with RTM. RTM buys the rights of the production for a period of 3 years, thereafter the producer can sell the product to others tv stations, etc. For writers, sorry, the only payment we received is when we sell our rights of the script we write to the production house, fulls top. Thereafter if we want more money, write again! Ho..ho..

Nevertheless for me, to see the drama that i written being on air again is exhilarating enough.

Smile everybody!

Sunday, March 1, 2009

Yusuff bakal ditayangkan 4 Mac, 2009 di Slot Samarinda, TV3

Baca di salah satu forum. Cerita Yusuff yang saya tulis skripnya akan ditayangkan di tarikh di atas. Asalnya tajuk cerita ini Kisah Yusuf, tetapi diringkaskan kepada Yusuff.

Drama Yusuff ini saya terpaksa tulis 2 kali skripnya. Kali pertama saya tulis ikut jalan cerita yang telah dipersetujui oleh pihak produser. Pada mulanya produser mahu saya mulakan drama ini terus pada pertengahan cerita iaitu apabila Yusuff sudah dewasa dan bekerja di korporat. Bila saya hantar kepada mereka, mereka mahu saya mulakan cerita dari awal pula, iaitu ketika bapa Yusuff, Yaacob mula mengenali ibu Yusuff, Suhana. Pada masa ini tentulah Yusuff belum lahir pun lagi. Kenalah saya tulis lagi sekali. Adui!

Pengalaman saya di atas mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Penulis mesti mendapatkan ketetapan yang jelas dari pihak produser. Kalau berubah sikit-sikit perkara biasa la tu, tapi kalau sampai kena ubah terlalu banyak perbincangan tentang kos penulisan perlu diadakan semula. Tapi itulah nasib penulis selalunya terpaksa mengalah....

Menariknya pengalaman saya menulis drama ini saya membuat kajian yang agak mendalam tentang Kisah Nabi Yusuf. Kisah Nabi Yusuf memang menarik. Fahamlah saya mengapa ramai yang berkata antara surah Al-Quran kegemaran mereka adalah surah Yusuf. Namun drama Yusuf tidaklah bertujuan untuk mengambil kisah Nabi Yusuf secara keseluruhannya, cuma jalan ceritanya sahaja yang banyak bersandar kepada pengalaman Nabi Yusuf sendiri.

Apa-apa pun saya harap drama ini menarik untuk ditonton dan memberi kesan positif kepada kita semua, insyaAllah.

Macam-macam ada 2

Dalam macam-macam ada 2 saya nak ulas pula isu Elizabeth Wong. Dah agak basi isu ini tapi saya tak sempat nak komen lebih awal sebab ada banyak benda lain yang nak di buat la. Jadi saya komen sekaranglah ok. Di bawah gambar yang menarik minat saya untuk memberi ulasan tentang skandal Elizabeth Wong ini.
Seperti yang sudah pembaca sedia maklum Elizabeth Wong adalah ADUN BUKIT LANJAN EXCO for Tourism, Consumer Affairs and the Environment bagi Kerajaan Negeri Selangor. Gambar beliau di dalam keadaan tidak manis tersebar di internet.
Apa yang saya kesal dalam isu ini adalah pendapat pelbagai pihak yang memperjuangkan falsafah hak peribadi tidak wajar dicerobohi terlalu lebih daripada melihat kepada permasalahan moral individu yang telah dicerobohi hak peribadinya itu sendiri. Aiyoo, berbelit la bahasa saya ni.
Macam ni, iya betul salah seseorang letak gambar tak senonoh orang lain di internet, tetapi salah juga seseorang itu mengambil gambar dalam keadaan yang tidak senonoh. Apatah lagi dalam kes Elizabeth Wong lelaki yang mengambil gambarnya tidak ada hubungan yang sah dengannya tidak kiralah samada lelaki tersebut beragama Islam atau tidak. Sekiranya berugama Islam lagi lah teruk!
Pendapat bahawa isu moral Elizabeth Wong boleh dimaafkan kerana dia bukan beragama Islam adalah salah. Perbuatan maksiat, jenayah dan sebagainya merangkumi semua orang tidak mengira agama. Sekiranya seseorang hisap dadah tidak kira dia beragama Hindu, Buddha atau Islam tetap salah.
Paling mengecewakan bila ada orang Islam sendiri yang menyatakan bahawa tidak mengapa Elizabeth Wong berbuat maksiat kerana dia bukan Islam. Sepatutnya orang Islam menyeru agar semua umat manusia menjauhkan maksiat. Nilai-nilai positif Islam patut dibawa kepada bukan Islam. Bukannya berkata tidak mengapa awak tidak bermoral kerana awak bukan Islam hanya kerana kepentingan politik.
Saya terjumpa dengan satu video klip di you tube. Video klip itu membuat komen tentang isu Edison Chen. Gambar Edison Chen mengadakan hubungan asmara dengan 4 orang artis Hong Kong tersebar di internet juga. Dalam salah satu slide video klip tersebut tertulis 'Now who are these shameless people. Thanks to modern technology they are caught in perpetuity.' Jikalau kita di Malaysia sebok menyalahkan manusia menggunakan teknologi mendedahkan keaiban orang lain, lain pula pendapat si pembuat video klip ini. Beliau berterimakasih dengan teknologi moden yang membolehkan kita mengenal siapa mereka yang rendah moralnya agar kita tidak terus tertipu dengan mereka.
Moral dan kepimpinan tidak boleh dipisahkan. Kita tidak boleh menutup mata dengan permasalahan moral seseorang pemimpin hanya kerana pemimpin tersebut bijak memimpin. (Tetapi dalam senario kini pemimpin kita bukan sahaja ramai yang ada masalah moral yang serius tetapi juga tidak cekap memimpin!). Kedua-dua perlu seiringan, pemimpin yang dipilih perlu mempunyai moral yang baik dan juga cekap bekerja. Islam mengkehendaki pemilihan pemimpin yang sebegini. Di akhir zaman ini mungkin sukar untuk mencari yang ideal namun janganlah sampai mempertahankan pemimpin yang sudah terang lagi bersuluh permasalahan moralnya. Sudah sampai tersebar video dan gambar di internet! Ini sudah terlalu busuk.
Bagaimana pemimpin tersebut mahu mendidik rakyat, membawa rakyat ke jalan yang betul bila dirinya sendiri terlalu tidak betul? Berbalik kepada gambar di atas, sokongan perempuan-perempuan yang bertudung litup itu ke atas hak peribadi Elizabeth Wong saya ertikan sebegini - kalau pun perbuatan maksiat seseorang itu terdedah diumum kita mesti terus menyokong orang tersebut kerana tidak salah orang tersebut berbuat maksiat, sapa suruh orang dedahkan??!
Kita tunggu Elizabeth Wong balik dari bercuti. Masih mahu letak jawatan atau tidak. MB Selangor apa pula keputusannya?

Tak Serupa Tapi Sama is a success

Yep! The first ever drama we produced was a success. TV3 was happy about the quality and ratings of the drama. The viewers was predominantly happy too. We gauged many positive comments on the drama. I share with you some comments from various blogs and photos taken while the drama was in shooting.




Hijrah
Sama tapi tidak serupa...Semalam aku menonton Cerekarama sambil tangan sibuk menyimpan barang-barang dalam kotak..sambil-menyambil!!Seronok cerita tu. Pasal benda yang sama tapi tak serupa. Istilah "Muslim" dipandang dari dua sudut berbeza. Satu sudut melihat kepada kesolehan sebuah keluarga yang benar-benar melakukan ibadah tak kira siang dan malam tapi tidak berakhlak.

Satu sudut lagi melihat kepada sebuah keluarga yang mengamalkan nilai akhlak yang mulia tapi tidak beramal. Tetapi perbezaan yang jelas ialah maksud "alim" bukan terletak pada amalan ibadat semata-mata dan "nilai akhlak" tidak terletak kepada kasih sayang dan kemurahan wang ringgit sahaja.Kisah ini membuka minda aku untuk mencari jalan menggabungkan nilai amalan dan nilai akhlak yang tinggi agar aku dapat memahami dan mengerti apa itu "Muslim" sebenar...
Posted by Sharifah Hassan at
11:48 PM




Tak Serupa Tapi Sama
http://72.14.235.132/search?q=cache:oXBhL8Q8dEoJ:ruhhuldaie.blogspot.com/+cerekarama+tak+serupa+tapi+sama&hl=en&ct=clnk&cd=99
Macam pernah dengar tajuk kat atas nih, tapi kat mana ek??? Kalau sapa yang suka tengok tv mesti ingat kan. Kalau ingat hari Sabtu pukul 10 Malam kat TV3 ada cerekarama tajuk nie laa. Haa da ingat ke??? Aku bukan laa penggemar cerita melayu nih tapi konsep yang diketengahkan dalam cerita nie lain sket, cerita nie berjaya tarik minat aku untuk terus tengok tv. Lagipun masa tue aku kat kampong, da tak ada apa-apa nak buat so aku tengok tv je laa.

Cerita nie kalau ada sape2 yang tengok laa kan, air mata tak meleleh tapi akan timbul dalam diri satu sense of sensitivity dalam diri kita. Bukan ape, juz cerita nie dia ketengahkan 2 bentuk kehidupan yang sangat berbeza tapi hakikatnya adalah sama. Cerita dia pasal sorang laki nie…dia nie lulusan Jordan (kira alim laa kan). Family dia pun boleh laa kata alim jugak. Kira family nie pegangan agama diorang agak kuat laa kan. Tapi Ayah dia nie pelik sikit. Dia tak bagi anak-anak dia solat berjemaah di surau. Katanya kalau sembahyang berimamkan orang yang betul2 beriman takpe tapi kalau solat berimamkan kaki umpat cam ne pulak? Haa satu persoalan nih??? Camne nak jawab ek.??? Yang si anak pulak dapat tawaran keje dekat KL. Si anak nie pun satu hal jugak. Alim alim dah tapi ada sifat buruk yang dia ikut dari bapak dia iaitu suka ludah merata-rata dengan buang sampah merata-rata (dosa kecil laa katakan). Lagi satu dia nie jenis yang tak suka bercakap. So bila da dapat keja dia pun kena laa pi KL tapi dia kena tinggal dekat rumah Pak Cik dia.

Sekarang cerita pasal keluarga Pak Cik dia pulak. Nie orang Bandar nie so dy da jadi kot laen pulak cerita dia. Yang dekat bandar pulak family nie harmony laa. Penuh dengan kasih saying sampaikan kasih saying tue jadi terlebih sangat laa pulak kan. Family nie pun kaya & banyak buat amal jariah. Diorang suka sedekah harta kat orang lain. Kira baik laa family nie. Tapi yang slack 100% tue pasal diorang punya Akhlak dengan Allah. Solat tak pernah, ngaji al-Quran sepatah ayat pun tak sebut, minum arak, berhibur secara keterlaluan dan lain-lain yang teruk laa. Kiranya family nie baik dari esegi luaran tapi huduh gile dalaman diorang. Family nie pulak ada sorang anak perempuan (lakonan Fasha Sandha). Nie yang jadi cerita nie kan.

Huhuhu….. Dalam cerita nie dia tunjuk anak perempuan diorang nie ada tattoo kat kaki dia. Dan memang lumrah orang cam nie kalau da lawa mesti ada boyfriend dia laa kan. Boyfriend dia nie plak cam da kawin je ngan perempuan tue. Selambe je gi rumah perempuan tue masuk dalam bilik dia pastu berdua-duaan. Eeee……MAKSIAT!!!!! Yang si perempuan nie lak dia keje jadi pengacara rancngan dokumentari TV. Lagi satu, Bapak perempuan tue kaki botol.Cerita full dia bila laki yang alim tu pegi kat rumah pak cik dia nie tinggal kat sana, dia jadi tak senang dengan kehidupan kat sana. Dia rasa teruk sangat kehidupan cam tu tapi dia sikit pun tak pernah tegur tapi dia berdiam diri je. Bila dia rasa jadi benda tak elok dia kuar rumah ntah pegi mana pastu balik awal-awal pagi. Tu laa perangai dia. Pasal keje lak dia nie suka pegi keje lewat & tangguh2 kerja. So banyak laa jugak sikap dia nie yang mazmumah & tak boleh diikut. Bila dia tunjuk betul2 yang dia tak suka keadaan kat rumah pak cik dia tu, dia mula tak disenangi dengan keluarga tue. Pak Cik dia jadi tak suka dengan dia, Mak Cik dia lak jadi malu dengan dia, Yang anak perempuan tu pulak juz biar je, Boyfriend pompuan tu pulak mula tak suka kat laki nih.

Pastu 1 hari tue yang perempuan nie kena buat kajian dekat kawasan kampong untuk diorang punya documentary show. Jadi nak tak nak dia kena pegi ke kampong laki nih & stay kat sana untuk sementara waktu.Masa nie laa macam-macam jadi. Keluarga laki nie satu hal jugak. Bapak dia nie tak pandai jaga perempuan. Dia cam anggap darjat perempuan nie rendah semacam je. Cam ne laa leh laki orang camnie. Bila isteri dia buat silap sikit abis keluar segala maki hamun. Yang isteri pulak solehah. Tawadhu’ je, patuh je dengan suami dia tue kan walaupun dia kena hina dengan suami dia teruk2. Memang laa isteri kena hormat suami tapi kalau suami macam tu boleh pakai ke?? Yang perempuan nie pulak pegi rumah pak cik dia (ayah laki tu) tak pakai tudung. Belum masuk rumah dah kena sound. Padan Muka!!!!

Tapi dia rasa laa sengsara hidup kat situ sebab keluarga nie kurang kasih sayang. Semua pakat jadi pak turut, ikut je ape ayah diorang cakap. Laki nie pulak ada sorang adik laki (yang nie tak boleh pakai punya laki). Depan family bukan main alim belakang diorang pegi isap dadah. Boleh pegi jumpa geng isap dadah dia pastu komplen yang perempuan tue ada tattoo kat kaki. Yang kawan dia pulak sokong, pandai lak cakap agama kata nanti mayat kena laknat laa ape laa, yang diorang isap dadah ape cite laa pulak. Mase tu laa diorang buat plan jahat.Yang perempuan tu pulak satu hari tu da tak tahan nak balik rumah.

Dalam nak balik rumah tu kereta kena tahan sebab ada orang kononnya xcident. So dia pun stop kereta & kantoi laa kena tipu. Dia nyaris kena rogol tapi masa tue dia ingat Allah & dy janji akan sujud kat Allah kalau Allah tolong dia. Ditakdirkan Allah tolong dia. Orang yang nak rogol dia (adik laki tu) tue mati kena hempap pokok. Masa tu laa baru bapak laki tu insaf dengan perangai dia. Yang laki tu pun insaf jugak. Dia balik KL tiba2 boleh pg keje awal laa pulak. Yang perempuan tu pun da mula berubah & dia buang tattoo kat kaki dy pakai seterika, Lps tue mak dia pun berubah & bapak dia pun berubah laa jugak sikit2. Ending dial eh teka sendiri laa kot macam mana.

So apa yang ak nampak dalam cerita nie motif dia nak cerita tentang Hijrah sebenarnya. Macam mana seorang tue walaupun pada zahirnya baik tapi rohaninya tak elok. Yang lagi sorang pulak rohaninya tip top tapi pada zahirnya dia nie buruk perangainya. Nampak kat situ dia ajak kita supaya jadi seimbang antara dua2 benda nie. Lepas tu kita Nampak laa kan yang hidayah nie urusan Allah bukan urusan manusia. Kalau belajar agama tinggi mana pun belum tentu Allah pilih kita jadi yang terbaik. Kalau jahil macam mana sekalipun tak tentu lagi kita nie yang paling hina. Jadi kat sini pengajaran dia, kita sebagai manusia taki kira laa kaya ke miskin ke ape ke, kita kena jaga hubungan kita dengan Allah & hubungan sesama manusia. Berlumba-lumbalah dalam kebaikan Salam Ma’al Hijrah.
Dicatat oleh Saifullah Al-Haq di
15:14 1 ulasan


We also received many good comments from relatives and friends. Thank you all. It was very encouraging indeed. We will try harder to produce better drama, insyaAllah.

Macam-macam ada 1

Banyak betul perkara yang berlaku di Malaysia. Kita dihidangkan dengan berbagai isu sentitif setiap hari. Baru je nak komen pasal sesuatu perkara timbul pula perkara lain. Tak terkejar saya, dinamik betul Malaysia ni.

Ada beberapa isu yang saya nak ambil masa untuk ulas sedikit. Untuk macam-macam ada 1 saya ulas isu berikut:

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BAGI AGAMA KRISTIAN:

Semalam saya terkejut dengan laporan media yang menyatakan Keselamatan Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan pada 16 Februari,2009 lalu bahawa ''Pencetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’’.

Saya terkejut sangat dengan keputusan mendadak ini sampai tidak langsung mahu menyebut hal ini kepada Ashik. Terkejut kerajaan mengambil ketetapan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi agama kristian, apatah lagi hal ini masih di mahkamah.

Tetapi kami tengok berita semalam bertambah terkejut bila Menteri di KDN mengaku tersalah membuat perintah dan kerajaan akan menarik balik pewartaan tersebut. Kenyataan media Menteri seperti berikut:

''Kerajaan akan menarik balik pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly kerana penggubalan peritah itu yang diwartakan pada 16 Februari lalu, silap. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, menegaskan akibat kesilapan itu, ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan itu sedangkan kementerian sudah membuat keputusan melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan. Sambil mengakui kesilapan yang dibuat kementerian itu ketika membuat perintah itu, Syed Hamid menjelaskan tiada pihak bukan Islam yang dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka'

Saya begitu pelik bagaimana kesilapan yang sebegitu besar boleh dilakukan oleh KDN. Satu hari keputusan lain, keesokkan hari bertukar 360%. Tunggang langgang (flip-flop) betul!

Saya hendak kongsi pendapat Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar tentang isu ini. Seperti yang semua sedia maklum kes penggunaan kalimah Allah bagi agama kristian telah di bawa ke mahkamah. Zainul Rijal berpendapat mahkamah sepatutnya tidak membenarkan penggunaan kalimah tersebut bagi digunakan oleh orang bukan Islam atas sebab-sebab berikut:

- Sepuluh buah negeri telah menggubal undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Enakmen tersebut memperuntukkan adalah menjadi kesalahan menggunakan kalimah tersebut untuk kegunaan orang bukan Islam.

-Jemaah Menteri pada tahun 1986 telah membuat keputusan untuk melarang penggunaan kalimah Allah untuk kegiatan agama Kristian dan undang-undang tersebut diperkenankan oleh raja Melayu. Sekiranya mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi agama kristian ‘Hal ini seolah-olah ingkar dengan titah perintah raja yang melibatkan hal ehwal agama Islam,” katanya.

Saya juga ingin berkongsi beberapa pendapat dari hasil tulisan para forumers yang saya ambil dari blog MYKMU -

i. Mengapa Irene Fernandez dan sekutunya beria-ria mahu menggunakan perkataan ‘Allah’ walhal di dalam masyarakat Kristian sendiri, menolak kalimah "Allah" di dalam Bible asal?2. Adakah Kristian Malaysia dari negara Arab atau Barat ? Kalau dari negara Barat, kenapa tidak menggunakan kalimah Tuhan yang biasa digunakan oleh majoriti penganut Kristian di sana, kenapa perlu ditukar kepada Allah ?

Adakah dengan menggantikan kalimah "Allah", Irene menerima hujah bahawa Allah memang wujud di dalam Bible asal dan menerima kewujudan ‘prophecy of Nabi Muhammad’ di dalam Bible ? Adakah mereka mahu orang Melayu Islam di Malaysia jadi keliru, melihat tiada perbezaan antara Bible dan Quran. Jadi dengan itu, orang-orang Melayu Islam yang akan mudah terpengaruh dan tertipu dengan kalimah Allah di dalam kitab Bible.

ii. Selain itu, hakikat yang perlu kita lihat dari sudut pandangan lain juga iaitu penggunaan dan penukaran istilah di dalam Bible secara sewenang-wenang itu membuktikan bahawa “Bible is Corrupted”. Bolehkah kitab yang kononnya dipercayai sebagai ‘words of God’ sewenang-wenangnya ditukar mengikut citarasa manusia ?Bolehkah kitab sebegini dianggap suci dan ‘holy’?

iii. Malangnya manusia yang dulunya berjuang Islam, bernama Anwar Ibrahim sendiri, menyokong tindak-tanduk musuh Islam kononnya atas dasar “FREEDOM OF EXPRESSION”Apakah niat sebenar Anwar, untuk kebenaran atau untuk mendapat saham politik ?

iv. Bertambah parah apabila Pas yang dikatakan berjuang untuk menegakkan Islam Pas di negara ini secara tidak disangka-sangka tanpa berdolak-dalik juga memberi " lampu hijau " kepada puak Kristian ini.

v) Kenapa pihak Roman Katolik bergitu bersungguh untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan-penerbitan mereka dan Bible yang berbahasa Melayu? Mereka memberikan tekanan yang cukup kuat kepada pihak kerajaan, sehingga tahap mengheret perkara ini ke Mahkamah. Seolah-olah tanpa kalimah Allah, umat Kristian di Malaysia tidak boleh melakukan ibadah.

Kalimah Allah adalah berasal dari perkataan Arab 'Al' dan 'Illah' (Tuhan). Ianya hanya muncul dalam Kitab suci Al-Quran. Kitab Taurat, diturunkan di dalam bahasa Ibrani, ia tidak menggunakan kalimah Allah. Kitab Zabur diturunkan dalam bahasa Qibti, juga tidak menggunakan nama Allah. Injil diturunkan dalam bahasa Suryani (Assyrian Aramaic) juga tidak menggunakan kalimah Allah.

Ini bererti semua kalimah Allah tidak wujud dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Ia juga tidak wujud dalam mana-mana teks suci Yahudi seperti Mishnah dan Midrash. Harus diingatkan bahawa semua kitab-kitab suci terdahulu yang ada sekarang bukan lagi yang asli, semuanya telah diubah oleh tangan-tangan manusia yang sial.

Selama beribu tahun penganut agama Nasrani di seluruh dunia beribadat tanpa kalimah Allah tanpa sebarang masalah. Hanya di dunia Arab sahaja kalimah suci itu digunakan oleh penduduk Arab Kristian Nestorian. Itu pun mereka tambah perkataan "Al-ab" yang bermaksud bapa di belakang kalimah Allah untuk membezakan Tuhan Trinity dengan Tuhan Islam.

Alasan mereka bahawa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak yang didakwa bertutur dalam bahasa Melayu lebih selesa menggunakan kalimah Allah adalah LANGSUNG TIDAK MUNASABAH. Saudara seagama mereka di Fillipina juga bertutur dalam bahasa Tagalog yang hampir sama dengan bahasa Melayu, tetapi TIDAK PUN TERGELINCIR AKIDAH KRISTIAN MEREKA.

Pendapat saya -

Saya mengambil ketetapan bahawa penggunaan kalimah Allah bagi ugama Kristian memang boleh mengelirukan samada untuk penganut kristian itu sendiri dan mungkin juga untuk penganut agama Islam. Bagi penganut kristian akan wujud satu pertanyaan apakah agama mereka mengangkat Allah sebagai tuhan mereka? Bagi penganut Islam mungkin akan pula wujud satu kekeliruan adakah Allah juga tuhan untuk agama kristian?

Apa perlunya kekeliruan yang sebegini? Apa gunanya sekiranya ianya menegangkan hubungan penganut agama kristian dan Islam di Malaysia? Agama kristian telah berjalan dengan begitu lama tanpa penggunaan kalimah Allah, apa perlu penggunaan kalimah ini sekiranya lebih banyak membawa kerosakan?

Sekiranya pejuang-pejuang penggunaan kalimah Allah bagi agama kristian berpendapat yang penggunaan kalimah Allah bagi tujuan agama mereka akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk pengembangan agama mereka, mereka tersilap jangkaan.

Pada saya penggunaan kalimah Allah akan menambah lagi kekeliruan penganut agama mereka sendiri tentang siapakah tuhan mereka yang sebenarnya. Sudah terbukti begitu ramai penganut kristian terutamanya yang pakar dalam agama itu memeluk Islam atas faktor kekeliruan tentang ajaran agama mereka sendiri. Penggunaan kalimah Allah dalam agama mereka akan menambahkan lagi kekeliruan ini. Penganut agama kristian sendiri yang akhirnya akan berasa yang sebenarnya Allah s.w.t itu lah tuhan yang sebenarnya-sebenarnya, tuhan yang maha esa, dan tuhan yang mesti disembah! Dan akhirnya mereka yang akan menukar agama mereka atas faktor ni.

Bagi penganut agama Islam kekeliruan tentang apakah Allah tuhan untuk agama lain agak minima. Dalam Islam jelas Allah tuhan kami yang esa, tuhan bagi agama Islam. Kalau pun agama hindu, kristian, buddha dan sebagainya menggunakan kalimah Allah sebagai nama tuhan mereka umat Islam tahu yang itu tidak tepat. Kalau ada pun pihak yang menyatakan ada orang Islam yang menukar agama kerana faktor penggunaan kalimah Allah sebagai tuhan agama lain saya tidak yakin ini adalah faktor utama mengapa mereka menukar ugama. Mesti ada faktor-faktor lain yang menjuruskan hal ini seperti mahu berkahwin dengan pasangan yang beragama lain misalnya.

Walaubagaimana pun apa-apa yang boleh membawa kepada kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia mestilah ditangani dengan tegas. Sekiranya ada kemungkinan umat Islam terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain barang sedikit pun, hal ini mestilah dielakkan. Agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia, agama yang diiktiraf sebagai agama yang paling utama dalam perlembagaan Malaysia, semestinya agama ini dilindungi. Selagi tiada ancaman nyawa dan bahaya kepada penganut agama lain di negara ni tidak ada sebab mengapa hak agama Islam di bumi Malaysia ini diperkecilkan dan diketepikan hanya untuk memenuhi permintaan pentingkan diri sendiri agama lain.

Apa-apa pun perlu diingat, kalimah Allah adalah kalimah agung. Pihak yang beria-ia sangat mahu gunakan kalimah agung ini untuk agama mereka mungkin tidak akan tertanggung kebesaran kalimah ini. Akhirnya memakan diri sendiri.....

Kita tunggu pula keputusan mahkamah dalam isu ini...