I watched Diari Raya Rafique last raya with horror! The drama was horrendous! Why?? Why?? Why did the people responsible for producing it make a total blunder out of it?
I hated the final product and its spoils my raya! Not to mentioned Ashik's raya too. After watching the drama Ashik straight went to sofa, lie down and take a nap! He said he have a terrible headache watching the show. He had read the script and can't believe that the final product was such a total mess. They changed the story lines, take out many things, inserted things that shouldn't be inserted. In short everything was up side down and the story don't make sense! Read the below comments from a TV forum and see what i mean:
Reply #11 Eddlisa_uyuk's post
seperti melepaskan batuk di tangga
SALAM AIDILFITRI
Reply #12 jac_diehard_fan's post
apa la motif dia buat citer nih......
Post at 5-10-2008 03:25 PM Profile Personal Space P.M. Buddy
tak bestlah citer Diari Raya Rafique ni, banyak yang tergantung.
Post at 6-10-2008 11:09 AM Profile Personal Space P.M. Buddy
mmg x bez pon..tah hape²..aku layan cam tu je tp x feel..
Post at 7-10-2008 12:54 PM Profile Personal Space Site P.M. Buddy
On the scale 1-10, aku bagi -1! Totally pointless... tak yah tayang pun tak pa
I have given my heart and soul to write the drama. But it had been butchered. The story is fine, the story makes clear sense just follow it and we all be fine. But no..no..no..no..they have to turn it upside down to their poor taste and make a blunder out of a person decent work. The script is the blueprint. Follow it people. If you think you really have to change it discuss with the writer. This is a basic ethic of a drama production work. If you cannot follow this than write your own script.
I'm so irritated because this kind of things happen so frequently in the industry. And for Diari Raya Rafique it was worst as it had failed to showcase any of the ideas and sentiment that i had brought forward in the script for the audience comprehension.
The Rafique's drama not only touches about the lives of the children and the character within the Rafique family but also carry many subject matter pertaining to religion, issues within our country, morality etc. When i had to squeeze my head to write all this i would expect the production team to make it their best to translate it positively in the drama. But they totally left it out. Are they avoiding serious stuff? Do they see it that they are not fit to produce drama that champion good ideals?
Actually if the changes that the production team makes changes for the better i'm happy for it. But most of the time they make it worst. What i don't understand is why do they have to change things that makes the drama good and interesting from others??? Don't they know the difference from good and bad?? I want to write good, advance malay drama but its a challenge as at times the script is being poorly translated and turn out as a bad drama.
I just want to be a writer but with all this incompetency i have no choice but to....emmm...toughlah...what should i do huh??
Sorry guys for the bad drama..
'..one write not because one wants to say something, one write because one has something to say..'
Saturday, October 25, 2008
Hessa makes nice faces too..
These are our latest photos with Hessa. And yes! Finally she makes nice faces! Yeay!
Keep making nice faces Hessa! You can do it!
Sambutan Raya 1429
Salah satu yang menarik berlaku pada raya kali ini adalah kehadiran salah seorang kakak saya menziarah kami sekeluarga di rumah mak dan abah saya. Kakak saya itu namanya Faridah Hanum. Dari namanya sahaja sudah tahu dia berlainan sedikit dari kami anak-anak perempuan ibu bapa saya yang lain. Kami semua nama bermula dari Nor.
Kakak Faridah saya ini dibela oleh keluarga angkatnya sedari kecil. Atas sebab-sebab tertentu mak dan abah telah 'terberi' kakak saya yang seorang ini kepada keluarga saudara sebelah mak saya. Akhirnya kakak saya ini jadi terlalu jauh dari kami sekeluarga.
Setelah sekian lama kakak Faridah tidak pernah datang berhari raya akhirnya tahun ini dia muncul. Saya tumpang gembira untuk mak dengan abah kerana pada hari-hari tua mereka akhirnya anak perempuan mereka yang seorang ini pulang juga ke pangkuan mereka. Alhamdullilah.
Saya ambik kesempatan mengambil gambar kakak Faridah dengan beberapa ahli keluarga saya. Gambar yang di atas itu lah. Kakak Faridah yang duduk bertudung di sebelah abah. Walaupun pun kakak Faridah dibela oleh orang lain dari segi perawakan dan caranya banyak persamaan dengan kami semua. Itulah genetik agaknya.
Di atas pula gamabr anak-anak buah saya yang sedang meningkat dewasa. Dari kiri Suhaila, Shazmiera dan Zahirah. Semua telah saya nasihatkan agar menyambung pelajaran di pusat matriks sekiranya tidak mendapat tempat untuk belajar di luar negara. Shazmiera memang sedang belajar di pusat matriks Sg Dua, Pulau Pinang.
Ha di atas pula gambar Hessa dengan bibiek Imannya. Hessa pakai baju raya dari Mekah, Mak Longnya kasi padanya.
Saya sengaja mahu Hessa ada pengalaman bermain bunga api. Tengok Hessa sedang didukung Elmie bermain bunga api. Addriana pula sedang bermain dengan Hadzreen bapanya. Hafiezy pula yang berbaju Melayu cokelat tu sedang memegang sebungkus bunga api.
Malam raya tu kami semua seronok main bunga api. Walaupun ramai yang mungkin berpendapat merbahaya bermain bunga api tapi saya rasa pengalaman bermain bunga api patut diberi kepada anak-anak kecil untuk menjadi salah satu kenangan manis mereka semasa raya. Yang penting kita orang dewasa mestilah menyelia mereka dengan baik. Kalau malas untuk menyelia ha, janganlah bagi mereka main.
Berapa ramai anak-anak buah saya bermain bunga api malam raya tu. Bila saya tengok Hadzreen dan Hafiezy pada saat kami bermain bunga api tu terasa betapa cepatnya masa berlalu. Dulu saya lah tukang menjaga mereka main bunga api masa mereka kecil dulu. Kini mereka pula dah jaga sepupu-sepupu yang lain. Hadzreen dah ada anak pun!
Sebenarnya saya pun sukaaaaa main bunga api. Watak Pak Ngah di dalam Diari Ramadhan Rafique yang suka main bunga api walaupun dah tua tu sebenarnya macam saya la tuh. Malam raya hari tu Ashik terkejut tengok saya bersuka ria main bunga api. Ashik kata 'wah Mama Hessa kalah Hessa main bunga api!' Sorry lah sayang, i memang cam tu...masih kuat jiwa kanak-kanak walaupun dan nak masuk 40 puluh dah tak lama lagi!
Tahun depan kita main bunga api lagi!
Hessa still makes faces!
As i mentioned before i want to see whether Hessa still makes faces in front of the camera. Yes she still does! Hessa stopped it ok!
Check out our family raya photo. She did it again! We snapped so many times to get a good family raya photo but everytime she still do her ngek ngok face. I can't wait to show her this photo and tell her how she spoil our first raya family raya photo together.
Nevertheless, mama still loves you Hessa! It was a very enjoyable raya indeed we celebrated as a family together for the first time. Looking for for more hari raya with you and ayah!
Projek Lemang Hari Raya
Saya dan Ashik sepakat untuk membakar lemang sendiri pada hari raya kali ini. Kami nak membakar di belakang rumah kami di Rasah Kemayan. Tinggal di Rasah Kemayan, Seremban ni memang hebat. Kawasan rumah di Seremban 2, di bandar tetapi persekitarannya agak sunyi ada elemen kekampungan la pulak. Pokok-pokok pun banyak di sini. Oleh itu sesuai untuk membakar lemang di sini walaupun kawasan bandar.
Oleh itu dua hari sebelum raya saya pun mengikut Ashik mencari buluh lemang. Kami balik ke kampung saya di Kg Pantai, Seremban. Memang banyak buluh lemang di sini.
Sambil Ashik bekerja menebang buluh saya pulak sebok mengambil gambar.
Buluh-buluh yang sudah siap di gergaji dimasukkan ke dalam plastik. Banyak juga buluh yang digergaji Ashik. Beberapa batang akan diberikan kepada ibu mertua saya yang juga akan membakar lemang di rumahnya di Labu, Negeri Sembilan.
Selesai cari buluh kini Ashik menjolok kelapa di rumah ibu bapa saya di pantai. Banyak kelapa diturunkan Ashik. Nak buat lemang kami memerlukan 7 biji kelapa. Ashik kupas kelapa sendiri.
Sehari sebelum raya saya pun bekerja keraslah memesin kelapa dan memerah kelapa untuk santan lemang. Pulut pun sudah siap di basuh. Saya belajar dari Ashik cara untuk menyalur daun pisang ke dalam buluh lemang dan memasukkan pulut dan santan ke dalam buluh. Sebenarnya inilah kali pertama saya buat kerja-kerja ni semua. Emak saya selalu juga bakar lemang tetapi saya tak pernah tolong masukkan pulut semua. Saya selalu buat kerja lain saja.
Selesai Ashik mula membakar lemang. Kami dapat 14 batang lemang. Sebatang lagi pembantu rumah saya gunakan untuk buat lemang indonesianya - pisang campur pulut campur santan. Menakjubkan sekejap sahaja lemang sudah masak!
Di atas pisang dan pulut di bakar dengan daung pisang. Resepi pembantu rumah saya.


Sambil Ashik kepenatan membakar lemang saya pula sebok memasak rendang ayam, kuah kacang dan ketupat. Kiranya tahun ini kami memang hendak memasak masakan raya sendiri lah. Nak cuba berjaya ke tidak. Alhamdullilah berjaya!
Sambil Ashik kepenatan membakar lemang saya pula sebok memasak rendang ayam, kuah kacang dan ketupat. Kiranya tahun ini kami memang hendak memasak masakan raya sendiri lah. Nak cuba berjaya ke tidak. Alhamdullilah berjaya!
Lemang kami memang sedap! Bagi keluarga di kampung beberapa batang dan Kak Long beberapa batang.
Hessa sepanjang kami membakar lemang dan memasak tukang sebok saja. Semua dia nak ambik tahu. Sebenarnya kami buat ini semua untuk Hessa juga. Kami mahu menyediakan diri untuk sambutan hari raya yang meriah untuk anak-anak kami. Kini bulan syahwal sudah di penghujung. Saya gembira kerana kini saya dan Ashik sudah ada pengalaman menguruskan sambutan hari raya untuk keluarga kami sendiri. InsyaAllah pada tahun-tahun seterusnya kami akan pastikan sambutan hariraya keluarga kami sentiasa meriah dan bersemangat.
Raya Haji tahun ni kami nak bakar lemang jugak lagi!
Subscribe to:
Posts (Atom)