Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions. Enjoy.....

Tuesday, December 6, 2011

Terlalu banyak politiking, hal-hal busuk di syarikat-syarikat korporat Malaysia terlewa

Tahun 1433 yang baru bermula ini menyaksikan 3 gergasi korporat Malaysia yang menglibatkan kepentingan bumiputera  iaitu UDA, MAS dan MAHB terus bergolak.

 

UDA terpaksa menerima campurtangan kerajaan kerana terus tidak sentitif dengan hasrat rakyat yang mahu ia lebih mengutamakan kepentingan bumiputera di dalam keputusannya selaras dengan penubuhannya untuk meningkatkat ekuiti bumiputera di dalam ekonomi Malaysia.  

 

Saya lampirkan petikan dari UTUSAN MALAYSIA dibawah yang mengesahkan kemaruk UDA yang sanggup mengenepikan pelabur bumiputera untuk faktor-faktor yang hanya UDA sendiri saja yang tahu.

 

Air Asia telah menawan MAS di dalam satu urusan urusniaga yang dituduh ramai sebagai 'the rape of MAS' oleh sekumpulan ahli korporat yang yang terdiri daripada Tony Fernandez dan geng-geng tag teamnya.  Kini Air Asia bertelagah dengan MAHB,  sudah besar kepala dengan berulang-ulang kali menyebut yang mereka kini adalah pelanggan terbesar MAHB.  

 

Boleh baca mengenai kemelut Air Asia, Mas dan MAHB, serta Khazanah yang menjadi rakan rapat Air Asia dalam blog Jebat Must Die dan Another Brick In the Wall.

 

Isu-isu politik yang terlalu banyak diketengahkan kepada masyarakat,  dengan kini pelbagai video seks yang dikeluarkan yang menglibatkan ahli politik sebenarnya banyak melekakan rakyat tentang perompak-perompak di dalam dunia korporat yang meratah duit negara dan rakyat dengan urusan-urusan perniagaan mereka yang busuk itu.

 

Ahli-ahli korporat Malaysia perlu diperhatikan dengan dekat.  Mereka juga telah membuktikan yang mereka juga seperti sesetengah  ahli-ahli politik yang banyak membinasakan negara.

 

Malaysia kaya, ramai serigala di dalam negara yang mahu merompak duitnya masuk poket mereka.

 

 UDA tidak rugi kerana BBCC

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Kerajaan memberi jaminan bahawa projek pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC) tidak akan merugikan Uda Holdings Bhd. (UDA) walaupun tanpa pelaburan asing.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mengakui bahawa projek pembangunan di tapak bekas Penjara Pudu itu bakal melibatkan syarikat-syarikat bumiputera tetapi hanya yang berkredibiliti dan memiliki kedudukan kewangan kukuh sahaja akan dipilih.
“UDA tidak akan rugi kerana melaksanakan projek ini (BBCC) kerana buat apa laksanakan projek jika ia merugikan UDA, sedangkan ia berperanan besar untuk membantu bumiputera terutama dari segi pembangunan hartanah.
‘‘Jika ia rugi, rugilah kaum bumiputera,” katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Hotel Ancasa Express @ Pudu dan Setem Persendirian Korporat 40 Tahun UDA di sini hari ini.
Tambah beliau, UDA menjadi sandaran kerajaan untuk melihat lebih ramai bumiputera terlibat di dalam bidang hartanah dan beliau melihat pembangunan BBCC sebagai sangat penting kepada syarikat tersebut dan kaum bumiputera secara amnya.
Dengan itu, Awang Adek dengan tegas berkata, kerajaan tidak mahu syarikat-syarikat bumiputera yang dipilih untuk menjayakan projek tersebut hanya bertindak sebagai sleeping partner.
Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini pernah menolak cadangan UDA untuk melantik syarikat dari China, Everbright Construction International Group sebagai pelabur siap guna (turnkey) dalam BBCC.
Ia kerana terdapat bantahan daripada beberapa pihak yang tidak mahu projek pembangunan di tapak bersejarah itu dijayakan oleh syarikat bukan bumiputera.
Justeru, MOF telah mengarahkan UDA untuk mengadakan satu jawatankuasa untuk menyediakan pelan induk baharu BBCC bagi menggantikan pelan induk asal yang telah ditolak kerajaan.

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

Sebentar sahaja lagi akan masuk tahun baru 1433.  Telah banyak yang berlaku dalam kehidupan dalam1432.  Yang paling bermakna ialah proses menjaga arwah abah yang sakit sehingga kembalinya abah ke PENCIPTANYA pada  3 Ramadhan 1432.  Pengalaman menjaga arwah abah dan menyempurnakan pengebumiannya serta beberapa kenduri tahlil untuk arwah memang cukup bermakna dalam kehidupan saya.

1433 datang.  Saya sudah pun 40 tahun sejak 17 Ramadhan 1432 lagi.  Saya fikir pada umur 40 tahun ini jalan kehidupan akan semakin jelas dan lebih pasti.  Tapi sebenarnya saya masih juga mencari-cari arah diri.  Masih mencari-cari tentang cara hidup yang patut saya  dan keluarga jalani untuk lebih dekat dengan Allah swt dan semakin diredhaiNYA. 

Banyak ilmu pengetahuan baru  yang membuka mata hati  saya perolehi sepanjang 1432.  Dan ilmu-ilmu baru tersebut membuat saya terbuka mata tentang cara hidup yang mungkit patut saya dan keluarga jalani yang selama ini saya tidak pernah terfikir akan berbuat sedemikian rupa.   Namun adakah kemampuan untuk melakukan sedemikian? Dan adakah ini jalan hidup yang terbaik sebenarnya?  Semoga Allah swt terus memberikan hidayah.

Selamat Maal Hijrah 1433 kepada semua.  Semoga kita bertambah NUR!



Friday, October 21, 2011

MOAMMAR GADHAFI

Gadhafi telah meninggal dunia semalam pada 20 Oktober, 2011.  Mayatnya beliau telah diikat dibonet kereta dan diarak ke seluruh jalan-jalan raya di bandar kelahirannya di Sirte, Libya.  Itulah nasih seorang pemimpin dunia Islam yang terkenal dengan keberaniannya, sehingga mengoyak dan mencampak piagam Bangsa-Bangsa Bersatu di hadapan para perwakilan di Perhimpunan tersebut  tidak lama dulu.

Saya keliru.  Kenapa ada rakyat yang sanggup mengkhianati beliau? Di  Libya, tiada cukai pendapatan, pendidikan percuma, petrol dijual dgn harga terlalu murah kalaupun tidak percuma.  Mungkin kita boleh membuat perbandingan dengan situasi di Malaysia.   

Di Malaysia keadaan boleh dikatakan cukup selesa untuk ramai rakyat.  Makanan melimpah ruah.  Namun apabila Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah mula menunjukkan tanda yang beliau hanya berkongsi kuasa dengan segelintir kelompok elitis di sekeliling beliau termasuk dengan Menantu beliau, Tun Abdullah mula dibenci ramai rakyat.  Dengan laporan negatif tentang hal ini di media baru terutamanya, maka rakyat atas pagar mula terpengaruh.  Hasilnya, Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah kehilangan lima negeri.  Sesuatu yang tidak pernah difikirkan akan berlaku di Malaysia.  Masih ingat dengan kata-kata bahawa BN kalau letak monyet sebagai wakil pilihanraya pun akan menang jugak.  Tapi ternyata tidak! 

Pemimpin di Asia Barat tidak berkongsi kuasa dengan orang luar dari kelompok mereka.  Iya,  ada sesetengah negara di Asia Barat memewahkan rakyatnya,  sampai kalau berkahwin akan dibayar duit beribu-ribu ringgit, diberi rumah percuma dan sebagainya.  Namun akhirnya rakyat mahu suara yang lebih di dalam dasar pemerintahan negara.  Rakyat bukan kambing yang ikut saja di mana tuannya bawa untuk makan rumput, wpun rumput itu segar bugar. 

Namun saya juga kurang yakin bahawa majoriti rakyat tidak menyukai beliau mahu pun pemimpin-pemimpin dunia  Arab yang lain termasuk allahyarham Saddam Hussien.  Apa faktanya? Individu-individu yang terkinja-kinja di kaca tv melaung kata-kata kebencian kepada para pemimpin mereka tidak semestinya mewakili majoriti rakyat.  Sudah tentu media yang dikuasai konco-konco Dajjal hanya menunjukkan mereka-mereka yang benci pada pemimpin mereka. 

Malahan rakyat yang bangun memberontak juga tidak semestinya mewakili kehendak majoriti rakyat yang lain.  Mereka mungkin juga sebenarnya pengkhianat negara yang terasuk dek janji dan imbuhan yang diberikan oleh konco-konco Dajjal kepada mereka. Hanya Allah yang tahu.

Namun tindak-tanduk para pemberontak yang menyeksa Ghadafi seperti binatang buas, menyeksa pula mayat beliau dan menjadikan mayat beliau bahan pameran adalah di luar batasan agama.  Apakah mereka-mereka ini patut kita iktiraf menggantikan Ghadafi?

Dajjal dan konco-konconya  sedang segera mahu mengwujudkan pemerintahan Israel Raya  (PAX JUDAICA) bagi menggantikan pemerintahan dunia di bawah Amerika Syarikat  (PAX AMERICANA)  yang semakin lemah kini.  Mereka kini kuat menaja dan menghasut rakyat untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin di Asia Barat jatuh satu-persatu.  Penentangan segelintir rakyat ini juga bagi pendapat saya didalangi oleh dikalangan bangsa mereka sendiri (bangsa Arab)  iaitu KAUM SUFYANI.  Kaum SUFYANI ditaja oleh Dajjal dan konco-konconya dan kini saya  rasa sedang mencorak kemimpinan baru di kesemua kerajaan di negara-negara Asia Barat yang sudah jatuh itu.

Tengahari tadi suami saya telah diajak  oleh sekumpulan anak muda untuk membaca surah Yaasin ke atas arwah Ghadafi sebelum sembahyang jumaat.  Kumpulan anak muda ini diketuai oleh seorang lulusan dari Al-Azhar.  Suami saya mengikut pembacaan surah Yaasin itu.  Selesai, anak muda tersebut membaca doa di dalam Bahasa Malaysia  antara lain meminta Allah swt memusnahkan Amerika. Juga meminta Allah memusnahkan kerajaan-kerajaan baru yang bakal memerintah di negara-negara yang sudah tumbang ini.   Suami saya tidak sanggup mengaminkan doa tentang pemusnahan kerajaan yang baru ini kerana kalau semua musnah kata beliau apa yang akan berlaku kepada rakyat negara-negara tersebut?    Di dalam hati saya berdetik,  kita hanya menunggu Imam Mahadi mungkin?

Ketua kumpulan anak-anak muda tersebut juga berkata kini sudah tiada lagi pemimpin Islam yang boleh diharapkan setelah kematian Ghadafi, di jawab oleh salah seorang dari mereka, kita masih boleh mengharapkan PAS.  Di jawab pula oleh ketua anak-anak muda tersebut,  PAS Munafik!  

Dan kini dunia hanya ada pemimpin-pemimpin Islam yang kambing-kambing belaka......




Wednesday, September 14, 2011

THE TAG TEAM

  1. Minister Nor Mohd Yackop
  2. Minister Idris Jala
  3. Minister Awang Adek (ex Bank Negara)
  4. Minister Amirsham Aziz (ex Maybank)
  5. CEO, Khazanah, Azman Mokhtar aka AMOKH
  6. Talent Corp CEO, Johan Merican 
  7. Zarinah Anwar, Securities Comission
  8. Wahid Omar - Maybank's CEO
  9. Omar Ong - Former Level 4 boys, now chief of PEMANDU
  10. Ismee Ismail - Tabung Haji CEO
  11. Che Khalib - TNB
  12. Shahril Ridza - EPF
  13. Abd Rahman Ahmad   - Ekuinas
  14. Zainal Shaari - Khazanah
  15.  dll.....
  16. New Economic Model is Nor Mohd Yakop project.
  17. ETP is  Nor Mohd Yackop
  18. GTP is Nor Mohd Yackop
  19. KPI also Nor Mohd Yackop project.
....why the above is given all the room to be at where they are today?  Their big boss know something that we don't know about the man at the helm? ....must be.  Or maybe the man at the helm himself is the chief of the team?Haa...

Me the small timer making guess at the big state of affairs. Feeling more small now....



Monday, July 11, 2011

DAJJAL

1. Hanya Al-Quran yang dapat menjelaskan apa-apa yang berlaku di dunia dan perkembangan semasa dunia.

2. Manusia tidak boleh memahami keadaan dan perkembangan semasa dunia pada waktu kini tanpa mengaitkannya dengan Dajjal.

3. Namun ramai, hatta mereka-mereka yang duduk di dalam kerajaan,  pemerintah-pemerintah dunia,  manusia-manusia bijak pandai di dalam pelbagai bidang malahan para ulamak sekalipun tidak pernah bercakap, segan malahan alergi untuk bercakap tentang Dajjal. Mereka-mereka ini samada mereka sedari atau pun tidak adalah manusia-manusia yang menjunjung dan terlingkung rapat di dalam sistem sekular.

4.  Topik Dajjal sering diperlecehkan dan dianggap masih terlalu awal untuk dibincangkan.  Dajjal adalah topik yang hanya diperkatakan oleh manusia-manusia yang ketinggalan kata mereka.

5.  Apa pentingnya kita mengetahui tentang strategi dan pencapaian Dajjal sehingga kini?  Tidak lain - hanya untuk membantu kita dan keturunan kita agar tidak terpedaya dengannya.  Agar kita tidak termasuk di dalam 999 orang antara 1000 orang yang akan ditipu Dajjal - yang bakal memasuk NERAKA.

6. Mengapa pada saat ini kritikal untuk kita mengetahui langkah Dajjal yang seterusnya?  Kerana Dajjal sudah hampir menyelesaikan tugasnya dan sudah tidak lama sahaja lagi bakal  melancarkan serangannya yang terakhir untuk memastikan umat Nabi Muhammad s.a.w ramai-ramai masuk NERAKA.

7. Al-Quran hanya menunjukkan dirinya yang sebenar kepada manusia yang terpilih iaitu kepada manusia yang mendapat NUR daripada ALLAH S.W.T  Akal fikiran sahaja tidak cukup untuk manusia memahami yang sebenar-sebenar isi kandungan Al-Quran.  Hanya mereka yang diberi NUR akan dapat mengetahui segala isi dan rahsia Al-Quran yang sebenar-benarnya. 

8.  Marilah kita berdoa akan kita dan keturunan kita diberikan NUR supaya kita mendapat panduan daripada Al-Quran.

9.  Sebagai langkah pertama marilah kita menghabiskan tafsir Al-Quran. Kita sudah habis membaca berjuta-juta mukasurat buku dan isi kandungan di dunia maya.  Kalau disusun mukasurat yang kita sudah baca semenjak kita tahu membaca mungkin sudah setinggi KLCC.  Namun kita masih tidak dapat menghabiskan tafsir Al-Quran 30 juzuk itu.  Walhal Al-Quran la buku yang paling utama untuk kita.  Kita mesti memahaminya. Kita mesti habis membaca tafsirnya.  Mungkin apabila sudah berulang-ulang kali kita membaca tafsirnya dan menganalisanya, ALLAH S.W.T akan memberikan kita NUR?  InsyaALLAH.

Wednesday, June 8, 2011

Daftarkan anak sebagai 'anak malaysia' di ruangan bangsa

Saya petik dari blog RBF -

Malaysiakini semalam melaporkan kisah adun DAP Subang Jaya gagal mendaftarkan anaknya sebagai 'anak malaysia' di ruangan bangsa dalam sijil kelahiran. Setelah JPN menolak permohonan mereka, maka masalah laki bini telah ditukar menjadi isu nasional. Dah berjuta anak cina yang dilahirkan didaftar sebagai keturunan cina , tidak pula pasangan cina lain cuba nak buat hal sepertinya. SINI

Saya baca pula ruangan komen, ramai yang bagi komen-komen yang buat saya tergelak.  Tetapi ada dua komen yang saya fikir ada kebenaran juga isi kandungannya walaupun kedengaran sedikit sadis haha.

1.  'saya copy dari blog datul zul nordin..."Dan Malaysia terdiri daripada gabungan etnik besar bangsa Melayu-Cina-India-Iban-Dayak-Kadazan dan banyak lagi. Jadi kalau Hannah nak main wayang kata anaknya "anak Malaysia" juga tidak boleh - kerana tidak cukup syarat. Campuran benih India dan Cina sahaja tidak cukup untuk melayakkan anaknya dipanggil "anak Malaysia". Kalau betul mahukan anaknya dilabel dengan label "anak Malaysia", maka Hannah perlu dapatkan benih semua bangsa yang ada dalam Malaysia, dan setelah disahkan campuran DNA semua bangsa itu, barulah boleh dipertimbangkan samada layak atau tidak anak Hannah dilabel "anak Malaysia". Atau lebih canggih lagi, teman boleh cadangkan kepada Parlimen anak campuran benih semua kaum dan bangsa ini dilabel sebagai keturunan "Anak 1-Malaysia"!!!"



2. 'larat ke hannah nak campur semua benih bangsa malaysia? ikut rekod, ada lebih 200 etnik dan kaum di seluruh malaysia.'
 
 
Apa-apa pun, sudah semakin banyak isu-isu perkauman yang menusuk hati.  Kita menunggu 13 Mei yang ke-2?

Tuesday, May 3, 2011

Bahayakah gerakan 1Melayu, 1Bumi?

Sedikit petikan dari artikel oleh Datuk Zaini Hassan bertajuk  Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi untuk renungan bersama:

..orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia.

Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka. (jangan lupa tentang tanah rezab Melayu yang semakin dikuasai mereka)

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah.  Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka

..orang Melayu pula berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.

Perpecahan terus orang Melayu adalah faktor penting untuk orang Cina pula menguasai Malaysia.


Untuk bacaan lanjut tentang ini : jebatmustdie.wordpress.com/2011/04/30/1melayu-1bumi-in-barisan-nasional/